Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.prés] | ايکسڤريس

Definisi : (éksprés) segera, cepat, pantas; bas (kereta api) ~ bas (kereta api) yg tidak singgah menyinggah atau yg cepat tiba dlm perjalanan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.prés] | ايکسڤريس

Definisi : /éksprés/ cepat; segera: bas (kereta api) ~ bas (kereta api) jarak jauh yg cepat jalannya dan tidak singgah di perhentian-perhentian yg kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspres


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan JAWI untuk : PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES Terima Kasih.Ejaan Jawi bagi perkataan Perkhidmatan Penghantaran Ekspres ialah ڤرخدمتن ڤڠهانترن ايکسڤريس

Ejaan18.02.2021
Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru?Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. Tatabahasa30.11.2020
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Ejaan untuk : PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS Terima kasih.Ejaan yang betul ialah PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESEjaan16.02.2021
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut?

Jawapan yang betul ialah:
 Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
Tatabahasa21.08.2016
Minta bantuan ejaan jawi untuk 1) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS 2) PUSAT INFOMASI1. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES = ڤرخدمتن ڤڠهانترن ايکسڤريس

2. PUSAT INFORMASI = ڤوست اينفورماسي
Lain-lain01.01.2020
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim

Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah  (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my).

Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Lain-lain02.05.2018
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah musim tengkujuh dan bas ekpsres ialah kata majmuk? Terima kasih.

Musim tengkujuh dan bas ekspres merupakan kata majmuk.

Tatabahasa05.03.2023
Saya mencadangkan supaya pihak DBP dapat memberi nasihat kepada KTM Berhad berhubung penggunaan kosa kata "shuttle" seperti yang dilampirkan. Mungkin penggunaan kosa kata "ulang-alik" kurang sesuai. Adakah pihak DBP boleh mencadangkan kosa kata lain yang sesuai?Frasa "Shuttle Timuran" dan "Shuttle Tebrau" merupakan nama laluan untuk perkhidmatan KTM yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah "Ekspres Tebrau" dan " Ekspres Timuran" atau "Kereta Api Tebrau" dan "Kereta Api Timuran".Penyemakan dan penterjemahan17.07.2021
Bolehtak PosParcel digunakan sebagai nama produk? Nama ini digunakan untuk produk bungkusan. Nama PosBungkusan terlalu panjang. Parcel telah diterimapakai oleh semua orang. Kami juga ada produk registered mail, dinamakan PosDaftar dan PosEkspres untuk surat ekspres.Sehingga hari ini perkataan 'parcel' atau 'parsel' masih belum diterima sebahagian daripada bahasa Melayu. Kata 'bungkusan' masih digunakan bagi padanan kata 'parcel'.Istilah13.06.2009
12

Kembali ke atas