Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : (éksprési) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan; mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : /éksprési/ air muka pd wajah seseorang yg menunjukkan perasaan hatinya: Dia dpt meneka isi hati gadis itu drpd ~ mukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspresi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud ekspresi??

Saudara,

Makna ekspresi ialah pelahiran maksud dengan kata-kata .

Makna28.02.2010
kamu boleh memberikan/memberi peneguhan dengan menunjukkan aksi melalui ekspresi muka. berdasarkan ayat ini, yang mana lebih tepat memberi atau memberikan?. terima kasihJawapan yang tepat ialah "memberikan"Lain-lain14.10.2016
Selepas perkataan Alhamdulillah, Subhanallah, Masya Allah, dan sebagainya yang menggambarkan ekspresi daripada bahasa Arab, perlukah diletakkan tanda koma selepasnya? Contoh: Alhamdulillah, sihat.Melihat contoh penggunaan "Alhamdulillah, kita telah selamat sampai ..." ada diletakkan tanda koma selepas kata serapan bahasa Arab tersebut.Ejaan12.04.2012
Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas pertanyaan ini kerana frasa ini berunsur makian. Saya ingin tahu jika "holy shit" sesuai diterjemahkan kepada "sialan"? Jika tidak, mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih.Frasa slangan "holy shit" bukanlah perkataan yang berbentuk makian dan tidak tepat terjemahannya mejadi "sialan". Perkataan tersebut lebih merujuk kepada ekspresi terkejut terhadap sesuatu perbuatan atau pernyataan.  Terjemahan  untuk perkataan tersebut yang dicadangkan ialah "alamak".Istilah15.06.2019
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL. SAYA TELAH DIPANGGIL UNTUK MENGIKUTI TEMUDUGA BAGI PROGRAM DI ATAS IAITU,LG221 SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA DI FAKULTI AKADEMIK PENGAJIAN BAHASA,UITM,SHAH ALAM PADA BESOK HARI,26/04/2008.SILA KEMUKAKAN MAKLUMAT BERKAITAN PROGRAM DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK SAYA.KALAU BOLEH SECEPAT YANG MUNGKIN.DALAM MASA SEKARANG.

Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan sdr  dengan segera kerana  soalan sdr dihantar pada 25 April 2008 (Sabtu) bukan hari bekerja. Walau bagaimanapun, dilampirkan beberapa rujukan tentang bahasa Melayu komunikasi untuk rujukan sdr.

Bahasa Melayu komunikasiAbdull Sukor Shaari (et.all..)PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.2003
Ekspresi : kursus bahasa Melayu untuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasiMat Zaid HusseinPenerbit Universiti Malaya2003
 

Lain-lain25.04.2008

Kembali ke atas