Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj elektronik: ~ instrument, alatan elektronik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata electronic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat kaji selidik. Untuk tajuk, mohon pengesahan adakah: a) Survey on Electronic Payment (e-payment) Method; b) Survey on Electronic Payment (e-Payment) Method; c) Survey on Electronic Payment (E-payment) Method; d) Survey on Electronic Payment Method (e-payment); e) Survey on Electronic Payment Method (e-Payment); atau f) Survey on Electronic Payment Method (E-payment);Sila berikan setiap tajuk tersebut dalam bahasa Melayu supaya pihak kami dapat memberikan khidmat nasihat bahasa bagi penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Makna12.06.2020
Salam, Saya dari TRT Electronic (M) Sdn Bhd, ingin memohon menyemak/khidmat nasihat logo syarikat kami. Disini saya sertakan logo sayarikat kami. Farah 013-7661597Untuk makluman puan, DBP tidak membuat pengesahan logo syarikat. DBP membuat semakan dan pengesahan penggunaan iklan di tempat awam yang memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Dalam apapun bentuk paparan, mesti ada penggunaan bahasa Melayu. Kemukakan permohonan puan, melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain07.10.2015
Salam. Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk perkataan "Electronic Fund Transfer" Terima KasihPadanan bahasa Melayunya ialah pindahan dana elektronik.Istilah05.02.2009
Mohon semakan kepada gaya penulisan yang betul dalam penggunaan italic: Contoh: Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers

Merangkul Dua Anugerah di Majlis Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear)

Meraih Anugerah di Majlis AmBank JomPAY Customer Appreciation Dinner Anjuran Kumpulan AmBank

Meraih Anugerah di Malaysia Social Media Award 2017 Anjuran Social Media Chambers

Istilah03.09.2018
Mengapakah perkataan `e-mel`perlu ada tanda sempang (-)? Terima kasih.Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mail ialah kependekan perkataan electronic mail.Ejaan16.09.2008
Ejaan: E-mel meng-e-melkan Apa fungsi tanda sempang (-) dlm contoh "meng-e-melkan"? Ada lagi contoh di tempat lain? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tanda sempang (-) mempunyai beberapa fungsi, antaranya menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mel ialah kependekan perkataan electronic mail.
Oleh itu, tanda sempang digunakan untuk kependekan dalam ejaan e-mel.

Contoh lain seperti e-penerbitan, e-kad dan e-jurnal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018

Kembali ke atas