Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris. | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik. | Istilah | 25.08.2016 |
Menjual dan membaiki barangan elektrikal | Menjual dan membaiki barangan elektrik | Lain-lain | 02.08.2008 |
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru | 1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan) 2. Civil Engineer - Jurutera Awam 3. Architect - Arkitek 4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal 6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal 7. Pilot - Juruterbang 8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan 9. Television Technician - Juruteknik Television 10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan) 11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan) | Istilah | 30.11.2011 |