1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIK | Perbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamat | Makna | 31.10.2007 |
mengapa meda elektronik sekarang menggunakan perkataan "baharu" berbanding perkataan "baru"? adakah terdapat perubahan tatabahasa atau wujud perbezaan antara kedua-dua perkataan ini? | Tidak terdapat apa-apa perubahan dalam tatabahasa. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Oleh sebab itu penggunaan baharu adalah lebih tepat untuk menunjukkan sesuatu yang baharu, misalnya, Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. Kedua-dua maksud ini memang berbeza dari segi penggunaannya.T.kasih. | Lain-lain | 30.10.2008 |
Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia. | DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik? | Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. Media elektronik, misalnya radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera. | Lain-lain | 12.05.2008 |
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez. | tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah: www.karyanet.com.my .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP. | Lain-lain | 27.01.2008 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM yang bercetak atau elektronik | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi. | Lain-lain | 14.01.2009 |
ragam bahasa dalam komunikasi elektronik di malaysia | Sila rujuk bahan ini. Terima kasih. Fakta Kebahasaaan dan Ragam Kata | Sato, hirobumi @ Rahmat | Pelita Bahasa | 01/02/2002 |
Ragam Bahasa dalam Komunikasi Elektronik | Teo Kok Seong | Pelita Bahasa | 01/01/2004 |
| Lain-lain | 21.05.2008 |
saya ingin membuat pengesahan ayat pada papan iklan untuk kilang tempat saya bekerja. Tujuannya untuk mohon lesen dari majlis bandaraya johor bahru. ayat nya ... ( kilang membuat tapak barang elektronik ) dalam bahasa inggeris STAMPING. sesuai atau tidak. Kalau tidak mohon DBP cadangkan nama yang sesuai | Kami cadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kilang Acuan Barangan Elektronik". | Tatabahasa | 20.04.2012 |
Di manakan saya boleh mendapatkan perisian elektronik kamus dewan dan pustaka? | Di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau semua cawangan/ wilayah DBP serta semua wakil pengedar yang dilantik. | Lain-lain | 20.09.2008 |
Adakah pihak DBP menyediakan kamus dewan elektronik?Jika ya,bagaimana untuk dapatkannya? | Untuk makluman tuan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TnT. Tuan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. | Lain-lain | 30.01.2008 |