Maaf, saya ingin bertanya perkataan bahasa inggeris elliptical trainer di dala bahasa melayu apa ye? | Padanan yang dicadangkan untuk "Elliptical Trainer" dalam bahasa Melayu ialah 'Mesin Senaman Elips" atau "Alat Senaman Elips". | Makna | 16.04.2020 |
Adakah penggunaan perkataan 'KEDUDUKAN' betul dalam ayat di bawah? "KEDUDUKAN apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang." | Menurut Kamus Pelajar terbitan DBP, salah satu makna kedudukan ialah keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal) dan cara (keadaan) sesuatu benda dan lain-lain diletakkan. Oleh itu, ayat kedudukan apogi bagi satu satelit dalam orbit elips merupakan kedudukan satelit yang paling jauh dari planet atau bintang betul. | Lain-lain | 23.09.2020 |