As salam, Saya ingin tahu cara menulis elipsis dengan betul.Perlukah ada jarak sebelum dan selepas tanda elipsis. contohnya, yang mana antara berikut yang betul? A. Saya ... agak keliru. (Jarak sebelum dan selepas elipsis) B. Saya...agak keliru. (Tiada jarak) C. Saya ...agak keliru. (Jarak sebelum elipsis) D. Saya... agak keliru. (Jarak selepas elipsis) Terima kasih. | Alaikumussalam. Cara penulisan elipsis untuk konteks ayat yang dijadikan contoh ialah kaedah A, iaitu perlu ada jarak sebelum dan selepas: Saya ... agak keliru. | Lain-lain | 08.01.2015 |
Assalamualaikum. Saya ada soalan berkenaan pengunaan elipsis bersama tanda baca:- 1) Adakah perlu untuk diberikan 'spacing' sebelum elipsis (cth: "ke detik itu ...")? 2) Adakah perlu diberikan 'spacing' selepas elipsis dan sebelum tanda baca (cth: "ke detik itu ... ." atau "ke detik itu ... ?") atau dirapatkan elipsis dan tanda baca (cth: "ke detik itu ....") Terima kasih. | Selamat ptg. Jawapan 1. Tidak perlu. Jawapan 2. ke detik itu... ? Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.06.2016 |
Assalamualaikum. Saya ada dua pertanyaan: 1. Adakah penggunaan "menziarah" dalam ayat, "Kita akan menziarah ke masjid-masjid terkemuka" betul? Yang manakah lebih sesuai, "menziarah" atau "berziarah"? 2. Penggunaan elipsis dalam belon dialog komik (comic bubble) adakah sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan, selepas elipsis ... dimulakan dengan huruf kecil (utk ayat yang terhenti, henti). Terima kasih. | 1. Ayat yang sesuai ialah “ Kita akan berziarah ke masjid-masjid terkemuka”. 2. Penggunaan elipsis dalam dialog komik sama seperti penggunaan elipsis dalam penulisan.
| Tatabahasa | 26.05.2025 |
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan. | Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis. Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Salam, mohon pencerahan berkenaan penulisan tanda baca elipsis. Perlukah diletakkan jarak sebelum tanda elipsis? Contohnya: A. Dia terus hanyut dan hanyut ... . B. Dia terus hanyut dan hanyut... . Penulisan yang manakah tepat? | Penggunaan elipsis penghujung ayat adalah seperti yang berikut: Dia terus hanyut dan hanyut .... | Ejaan | 29.12.2014 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang cara menulis tanda elipsis dengan betul. Perlukah tanda elipsis itu dijarakkan daripada ayat sebelumnya atau tidak perlu. Contoh ayat (saya ambil dari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu sendiri): "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak." Setahu saya, tanda elipsis pada ayat tidak perlu dijarakkan daripada perkataan sebelumnya. Minta jasa baik pihak tuan untuk mengesahkan yang mana satu betul. Terima kasih. | Perlu dijarakkan elipsis dari ayat sebelum atau selepasnya seperti ayat contoh yang diberi. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Assalamualaikum. Adakah selepas elipsis pada awal ayat, digunakan huruf kecil, contoh ayat, ("...aku akan ikut" balas Fahmi.) Adakah sama juga kaedah penulisan elipsis pada awal ayat untuk penulisan petikan terjemahan al-Quran dan hadis? Dimulakan huruf kecil atau besar. Terima kasih. | Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang mempunyai jarak biasa yang boleh digunakan sebagai penanda pengguguran teks, khususnya petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks. Oleh yang demikian, selepas tanda elipsis pada awal ayat atau teks perlu dijarakkan dan diikuti dengan huruf besar. Contoh “ ... Aku akan ikut,” balas Fahmi. Demikian juga petikan terjemahan al-Quran, contohnya ... Sesiapa yang bertakwa dengan Allah ... . (Surah al-Talaq 65:2) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 117-118. | Tatabahasa | 03.07.2025 |
Salam. Saya ada pertanyaan mengenai tanda baca elipsis. Saya rujuk website DBP, ada beberapa jawapan, saya pun keliru. Saya ingin tanya, tanda elipsis hendak letak 3 atau 4 titik?Perlukah ia letak space antara perkataan atau titik? Terima Kasih. | Elipsis ialah tiga titik (...) yang mempunyai jarak biasa dengan fungsi berikut: 1. Menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, tengah atau akhir sesuatu ayat atau teks. 2. Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan sebagainya. 3. Menandakan hentian sebentar dalam pengucapan atau penyampaian idea yang tidak lancar. Tanda ellipsis hendaklah dijarakkan daripada perkataan/tanda baca sebelum dan selepasnya. Untuk lebih jelas, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 71-72. | Tatabahasa | 22.11.2017 |
Assalamualaikum. Adakah tanda elipsis sesuai digunakan sebelum tanda seru? Contoh ayat, “Kepalaku rasa sakit ... ! Pandanganku gelap.” Jika melihat konteks ayat seperti tidak sesuai kerana ayat atau “rasa” yang hendak diluahkan itu tergantung (kerana menggunakan elipsis) kemudian disambung dengan tanda seru (seolah-olah meluahkan sesuatu). Terima kasih. | Elipsis ialah tiga titik berderet (...) yang digunakan sebagai penanda yang menunjukkan pengguguran bahagian teks khususnya petikan, sama ada pada bahagian awal, bahagian tengah atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan tanda elipsis sebelum tanda seru boleh digunakan kerana tanda seru digunakan sebagai penanda perasaan dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk Buku Gaya Dewan (DBP, 2023) halaman 117 dan 122. | Tatabahasa | 21.05.2024 |
Adakah tanda baca koma beserta elipsis dalam ayat di bawah ini betul? "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh,... kita sama-sama sudah nampak." | Cara penulisan elipsis dalam ayat tersebut ialah: "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh ... kita sama-sama sudah nampak." (perlu ada jarak sebelum dan selepas titik elipsis, tidak perlu tanda koma)
| Ejaan | 16.05.2024 |