Soalan saya yang berikutnya. bagi pihak yang mentandatangan plak perasmian, sebagai contoh : Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping. Pada plak / plat perasmian tersebut perlu dicetak sebagai Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping atau YB Elizabeth Wong Keat Ping atau pun Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping Harap dapat membantu. Terima kasih | Yang Berhormat Elizabeth Wong Ket Ping dan YB Elizabeth Wong Keat Ping (singkatan) boleh digunakan. | Lain-lain | 03.04.2017 |
Terjemahkan ayat berikut. The world longest current ruling monarch is Queen Elizabeth II. | Pemerintahan terlama bagi raja berpelembagaan ialah Ratu Elizabeth II. | Makna | 23.03.2018 |
Menurut Gaya Dewan, kata atau ayat dalam bahasa asing hendaklah ditulis dengan huruf condong. Dalam Kata Nama Khas Hospital Queen Elizabeth (di Kota Kinabalu) dan Hospital Duchess of Kent (di Sandakan) - perkataan Queen Elizabeth dan Duchess of Kent perlu ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Terima kasih. | Kata nama khas tidak perlu ditulis miring, maka cara penulisan yang betul ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent | Tatabahasa | 07.07.2014 |
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq.... | Makna | 10.03.2014 |
Perlukah diterjemah nama bangunan luar negara seperti Paragon Medical and Mount Elizabeth Hospital atau hanya gunakan nama asal berserta tanda "..."? | Kata nama khas tempat biasanya dikekalkan ejaan asal. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak perlu diitalikkan atau diletak tanda petik.
| Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2020 |
apakah maksud legasi? | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Tatabahasa | 17.01.2013 |
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Makna | 10.01.2013 |
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih. | Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasihn 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan. | Makna | 21.05.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, PERMOHONAN SEMAKAN ISTILAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, saya diberi tanggungjawab untuk merekabentuk paparan latar belakang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 Dan Penghargaan Pesara Tahun 2024. 3. Bagi mencipta kelainan pada tahun ini, terdapat cadangan untuk menukarkan nama majlis tersebut kepada bahasa yang lebih indah lagi contohnya Penghargaan Pesara ditukarkan kepada LESTARI BUDI atau LAMBAIAN BUDI atau SANJUNGAN BUDI, LESTARI KASIH. 4. Mohon bantuan khidmat nasihat daripada pihak tuan untuk memberikan maksud sebenar cadangan perkataan/tersebut dan adakah perkataan/istilah tersebut sesuai untuk menggantikan Penghargaan Pesara. 5. Mohon juga cadangan daripada pihak tuan jika ada istilah yang sesuai bagi menggantikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) agar ayat tersebut lebih seimbang secara keseluruhan. 6. Bantuan tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Hasfaizah Binti Zaini, Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat, Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Telefon : 0168314515 Email : hasfaizah.zaini@moh.gov.my | Cadangan yang sesuai bagi menggantikan penggunaan “Penghargaan Pesara” ialah “Sanjungan Budi” atau “Lambaian Kasih”. Perkataan “lestari” tidak sesuai digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1313, perkataan tersebut bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada kedudukan atau pada tahap yang tertentu. Manakala bagi penggunaan “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)”, pihak kami mencadangkan supaya nama tersebut dikekalkan. | Makna | 11.07.2024 |