Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém] | عيم

Definisi : (ém) unit ukiran linear yg sama dgn saiz poin yg digunakan (enam poin em bermakna enam poin lebar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata em


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah "buai", "buaian", "cuai" diftongDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti <em>aiem>, <em>auem>, dan <em>oi em>dalam perkataan <em>pandai, pulau em>dan<em> amboiem>.

Perkataan buai, buaian dan cuai adalah diftong.
Tatabahasa07.03.2017
Perkataan 'pau' Dan 'bau' merupakan vokal berganding atau diftong?Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti <em>aiem>, <em>auem>, dan <em>oi em>dalam perkataan <em>pandai, pulau em>dan<em> amboiem>. Dalam data rujukan kami, au dalam bau (merujuk tempat di Sarawak) dan pau (merujuk kuih) ialah diftong, manakala bau (merujuk hidu) merupakan  gabungan vokal/vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing apabila dipecahkan mengikut suku kata.Tatabahasa31.03.2016
Apakah perbezaan "dikuasai" dan "dikuasakan"?<em>Dikuasai em>ialah bentuk pasif <em>menguasaiem> yang bermaksud berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pada sesuatu. <em>Dikuasakanem> ialah bentuk pasif <em>menguasakanem> yang bermaksud memberi kuasa kepada sesuatu.Tatabahasa30.03.2017
Tuan, saya kurang faham perbezaan antara penggunaan dijatuhi dan dijatuhkan. Bukankah di..i perlu diikuti dengan objek hidup?Tuan perlu memahami konteks penggunaan <em>menjatuhi em>dan <em>menjatuhkanem> terlebih dahulu, barulah dapat memahami perbezaan konteks penggunaan <em>dijatuhi em>dan <em>dijatuhkanem>. Kata kerja aktif menjatuhi hendaklah diikuti dengan objek manusia, contoh <em>Hakim menjatuhi pesalah hukuman penjara dua tahunem>; manakala kata kerja menjatuhkan diikuti dengan objek bukan manusia, contoh <em>Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada pesalahem>. Dalam ayat pasif, konteks penggunaannya akan menjadi (dalam bentuk ayat) <em>Pesalah dijatuhi oleh hakim hukuman penjara dua tahunem> dan <em>Hukuman penjara dua tahun dijatuhkan kepada pesalah oleh hakimem>.Tatabahasa18.05.2020
Assalamualaikum, saya nak tanya apa terjemahan 'spoon worm' dalam bahasa Melayu? Adakah cacing laut seperti bahasa Indonesia?Melalui carian di Internet, <em>spoon wormem> ialah <em>echiuraem>. Dalam pangkalan data kami,  <em>echiurid em><em>wormem> diterjemahkan kepada cacing ekuirid. Jika <em>spoon wormem> sama dengan <em>echiurid em><em>wormem>, maka terjemahan yang betul ialah cacing ekuirid.Penyemakan dan penterjemahan15.06.2015
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'.Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna <em>forecast em>atau<em> observationem>. <em>Forecastem> diterjemahkan kepada ramalan; manakala <em>observationem> diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan.  Penyemakan dan penterjemahan10.08.2017
Adakah ejaan 'ai' dalam perkataan 'Malaikat' merupakan diftong? Atau itu merupakan vokal berganding? Terima kasih.Untuk makluman, ai merupakan diftong. Hal ini disebabkan diftong merupakan gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti <em>aiem>, <em>auem>, dan <em>oi em>dalam perkataan <em>pandai, pulau em>dan<em> amboiem>. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya <em>kuih, buih, air em>dan<em> lautem>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.Tatabahasa28.12.2015
Assalamualaikum, Jika agam bemakna tiada akhir/ tidak berkesudahan, sesuaikah saya padankan dengan kata bahasa Inggeris infnity?<em>Agam em>dan<em> infinitiem> dalam konteks tertentu boleh membawa maksud yang hampir sama, namun <em>agamem> bukanlah sinonim kepada <em>infinitiem>.Istilah26.08.2017
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan <em>diper-...-iem> seperti <em>diperolehi, diperakuiem> dan <em>dipersetujuiem> merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi <em>diperakuiem> ialah <em>diakui em>atau<em> diperakukanem>. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
Apa beza antara 2 perkataan ini? Kamu awak Penggunaan....contoh ayat.. terima kasih.Kamus Dewan menakrifkan kata <em>Awakem> dan<em> kamuem> ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti <em>engkauem>. Walau bagaimanpun lazimnya kata <em>Awak em>digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala <em>Kamuem> digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. 
Contoh ayat ialah:
1. 'Di manakah kamu/awak bersekolah?
2. Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' 
Tatabahasa29.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas