Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih.Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain.
Tatabahasa31.07.2013
1. Apakah istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk emas yang disepuh? Emas sepuh yang dimaksudkan ialah emas yang diproses mengikut kaedah dan bahan tertentu lalu menghasilkan warna oren kemerahan pada emas tersebut.Tiada istilah yang khusus untuk perkataan "emas yang disepuh". Mengikut carian Istilah Bahasa Melayu, perkataan sepuh dipadankan dengan perkataan bahasa Inggeris glaze, contohnya sepuh legap (opaque glaze), warna sepuh (glaze colour).Istilah28.01.2019
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015"
Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015.
Tatabahasa08.01.2013
minta jawi untuk KEDAI EMAS KEDAI EMAS NORAZIKIN

KEDAI =        

کداي 

EMAS =

امس1">

NORAZIKIN =

نوراڒيکين1">

Ejaan27.12.2018
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2.Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut.Tatabahasa27.07.2010
APA itu inhalan? APA itu emas? Apa itu tatkala Tatkala atau tatkila?1. Inhalan bermaksud ubat sedut
2. Emas merujuk kepada logam berwarna kuning yg mahal harganya, yang biasanya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya.
3. Perkataan yang tepat ialah tatkala yang bermaksud ketika (itu), pada masa (itu) dan waktu (itu).
Makna15.04.2016
1. Sila bina ayat untuk membezakan rangkai kata ~'ayam kari' dan 'kari ayam'. 2. Adakah ayat ini betul~Dahlan telah menyarungkan Salmiah sebentuk cincin emas. a. ayat ini boleh mempunyai dua objek? b. Adakah kita boleh menukarkan ayat ini kepada~ 'Dahlan telah menyarung sebentuk cincin emas di jari manis Salmiah' 3. Apakah maksud 'bermesyuarah'? 4. Yang manakah betul~'Klinik Pergigian Mansor' ATAU 'Klinik Gigi Mansor'?1. Pola yang betul ialah kari, iaitu yang diterangkan ialah kari dan yang menerangkan (jenis) ialah ayam. Ayam kari mungkin betul apabila merujuk sejenis ayam seperti ayam hutan.

2. Ayat yang betul ialah Dahlan menyarungkan sebentuk cincin emas di jari Salmah, cincin (objek tepat) dan Salmah (objek sipi) 

3. Perkataan yang betul ialah bermesyuarat. 

4. Klinik Pergigian Mansor dan Klinik Gigi Mansor, kedua-dua bentuk frasa ini betul. 
Tatabahasa11.09.2015
1.Dia salah seorang anak buah dalam gerombolan samseng itu. 2.Dia salah seoarang anak emas dalam gerombolan samseng itu. Soalan saya: Adakah penggunaan simpulan bahasa dalam ayat 1 dan 2 betul . Harap dapat beri ulasan

Simpulan bahasa 'anak buah' bermaksud orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga dan 'anak emas' bermaksud orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa). Berdasarkan huraian makna yang tersebut penggunaan simpulan bahasa dalam ayat kedua adalah lebih tepat.

Tatabahasa23.03.2011
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul untuk ayat ini: 1.Beg itu tidak "TERGALAS" atau "TERPIKUL" oleh Rahman. 2.Keris itu "BERSALUT" atau "DISALUT" emas. 3.Dia mendapati makanan sudah "DISAJI" atau "TERSAJI" dimeja.1. Ayat yang betul ialah "Beg itu tidak tergalas oleh Rahman", dan "Beg itu tidak terpikul oleh Rahman".
2. Ayat yang betul ialah "Keris itu bersalut emas".
3. Perkataan mendapati membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen. Frasa kerja, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Dia mendapati bahawa makanan sudah tersaji di atas meja”.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 398.


Tatabahasa22.08.2023
1.tempat sirih yg diperbuat drp emas atau perak,dipanggil apa? 2.apa peristiwa yang membawa kpd penubuhan DBP? 3.MAKSUD LAIN MENURUT GAYA.

Tempat sirih yang diperbuat daripada kayu atau logam ialah tepak sireh. Harap maklum. Soalan lain tidak berkenaan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Bagaimanapun, saudara/ saudari dicadangkan untuk melayari laman DBP atau mengunjingi perpustakaan yang berdekatan untuk mengetahui sejarah penubuhan DBP. Harap maklum.

Makna18.07.2008
123456

Kembali ke atas