Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emelTidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai.Tatabahasa12.08.2010
saya ingin membuat semakan format emel rasmi. adakah menjadi kesalahan meletakan semua perkataan dalam huruf besar pada subjek emel? boleh berikan format emel terkini sebagai rujukan?Tidak ada format e-mel rasmi dalam sumber rujukan kami, melainkan penggunaan bahasa yang baik dan betul. Justeru, penggunaan huruf besar pada semua perkataan atau huruf besar perkataan pertama boleh digunakan.Lain-lain01.08.2016
saya tidak dapat log in. setelah mengisi maklumat emel, saya diberitau bahwa emel ini telah terdaftar namun untuk set semula, saya diminta ID staf yang saya tiada kerana saya bukan staf. harap maklum. bolehkah saya dibantu? terima kasihSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.  Sekiranya untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Akaun bagi pengguna yang kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut dan klik Daftar Iklan. Jika untuk mendapatkan maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain12.11.2020
Salam sejahtera. 1. check email dalam bahasa Melayu : semak emel atau periksa emel ? 2. Tempat bas berhenti di tepi jalan ialah perhentian bas ? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah:

1. semak e-mel

2. perhentian bas

Istilah20.04.2011
Penggunaan ayat di bawah mana yang betul: 1) Pada emel yang sama juga dimaklumkan bahawa... 2) Dalam emel yang sama juga dimaklumkan bahawa... Ayat di atas adalah untuk digunakan dalam emel rasmi.Ayat yang betul ialah:

Dalam e-mel yang sama juga dimaklumkan bahawa ... 
Lain-lain21.10.2021
Assalamualaikum. Saya hanya ingin menanya satu soalan sahaja, Bolehkah saya menghantar nukilan saya samada puisi ataupun cerpen melalui emel? dan apakah alamat emel tersebut?Saudara boleh menghantar karya tersebut kepada Editor Dewan Sastera, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) boleh dihubungi melalui e-mel  fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261.Lain-lain23.10.2015
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990

1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan.

2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll).

3. Tidak perlu digunakan tanda koma.

4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman.

Tatabahasa16.12.2009
Nurislamuddin Saruddin oh...jika saya ingin emelkan artikel, saya perlu emelkan ke emel yang mana satu yang betul? sbb ada banyak saluran emel. sekian.Terima kasih saudara. Sila layari laman sesawang DBP dan lihat panduan no telefon atau emel melalui rujukan Bahagian Majalah. Tuan boleh menelefon mana-mana pegawai berkenaan untuk mengetahui di mana artikel tuan sesuai diterbitkan. Jumlah majalah terbitan DBP ialah 12 majalah, iaitu Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Dewan Budaya.Lain-lain16.01.2014
Merujuk emel DBP kepada saya hari ini berkaitan terjemahan istilah 'Abusive Supervision'. Abusive supervision digunakan dalam konteks sumber manusia dan organisasi, Abusive supervision referring to employee’s perception of the extent to which their superior engaged in the sustained display of hostile verbal and nonverbal behaviors against them (Tepper, 2000).Berdasarkan maklumat yang tuan berikan dan melalui carian kami di internet, kami mencadangkan perkataan abusive supervision diterjemahkan kepada penyeliaan kelakuan.Penyemakan dan penterjemahan10.09.2015
sdra, tolong emel cara/adap sopan/protokol surat kiriman dan menulis alamat kepada dymm sultan johor. terima kasih.Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku Bahasa Diraja, karya Asmah Haji Omar, terbitan DBP.Lain-lain18.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas