Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.mé.ri.tus] | ايميريتوس

Definisi : (éméritus) bkn seseorang yg telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sbg suatu penghormatan: profesor ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emeritus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan untuk gelaran sebegini, Dato' Prof. Emeritus Dr. Adakah gelaran Prof. Emeritus tidak bersekali dengan Dr.? Contoh: Prof. Emeritus Dato' Dr. atau Prof. Emeritus Dr. Dato' jika gelaran dato di belakang? Contoh lain Prof. Dato' Dr. atau Prof. Dr. Dato' Prof. Madya Dato' Dr. atau Prof. Madya Dr. Dato' Terima Kasih.

Merujuk kepada “Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, kaedah penggunaan panggilan hormat untuk ahli akademik adalah seperti yang berikut:

a)    YBrs. Dr. diikuti dengan nama
b)    YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
c)    YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
d)    YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama

 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


Lain-lain28.04.2022
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mengguankan frasa (istilah) “neka bahasa” dalam beberapa banyak tulisannya secara tekal. KD4 neka Kl sj talam. Mohon komen ringkas.Kata 'neka' bukan sahaja merujuk kepada makna yang saudara nyatakan bahkan kata 'neka' juga membawa makna 'aneka'. (Sila rujuk kamus bahasa Melayu Nusantara)Makna09.01.2009
Tuan/Puan Saya ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan yang mana betul untuk menggunakan: Prof Emeritus Datuk Dr diikuti nama atau Datuk Prof Emeritus Dr diikuti. Terima kasih. allindaMengikut peraturan dari sudut protokol, gelaran paling awal ditulis ialah "Datuk".  Walau bagaimanapun, sebutan gelaran ini bergantung kepada individu.  Ada sesetengah tokoh yang lebih mengutamakan "Prof. Emeritus" baharu diikuti gelaran "Datuk" kerana untuk mendapat status Prof. Emeritus amat sukar dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Lain-lain19.10.2016
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima KasihSalam sejahtera,

Penggunaan gelaran yang betul ialah

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2017
pertanyaan sama ada perkataan ini dibaca sebagai e pepet atau e taling 1. emeritus 2. model terima kasihHuruf "e" dalam perkataan "emeritus" dan "model"  ialah e taling.Ejaan25.07.2016
Jelaskan perbezaan di antara Profesor, Profesor Madya, Profesor Emeritus dan Profesor Diraja.Untuk makluman puan, puan boleh mendapatkan perbezaan makna berkaitan dengan soalan ini melalui carian kata pada laman web prpm.dbp.gov.my. Puan juga boleh membuat rujukan makna terkini melalui Kamus Dewan Perdana bagi mendapatkan perbezaan antara Profesor, Profesor Madya, Profesor Emeritus dan Profesor Diraja. Sebagai contoh, "profesor madya" bermaksud "pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti", sumber https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=profesor+madya
Lain-lain09.11.2024
Apakah makna lengkap bagi Emiritus spt. Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Penjelasan tepat bagi makna perkataan ini tidak terdapat dalam kamus-kamus DBP. Mohon dimasukkan dalam versi kemas kini akan datang.Untuk makluman, ejaan yang betul ialah emeritus. Dalam Kamus Dewan edisi keempat. maksud emeritus ialah seseorang yang telah bersara tetapi mengekalkan gelarannya sebagai suatu penghormatan.  Profesor emeritus bermaksud gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.Makna06.03.2013
Apakah terjemahan bagi His Grace? Jika Yang Mulia, bukankah ia akan menjadi sama dengan His Highness? Mengapa His Excellency diterjemahkan kepada Tuan Yang Terutama, bukan Yang Terutama? Sepatutnya His Majesty juga diterjemah sebagai Tuan Yang Mulia jika begitu. Gelaran Emperor Emeritus bagi Maharaja Akihito diterjemahkan sebagai Atimaharaja, betulkah, atau gelaran itu diterjemah sebagai Maharaja Emeritus? Apa maksud Atimaharaja? Empress Emerita bolehkan diterjemah sebagai Maharani Emerita? His Majesty The King diterjemah sebagai Baginda Raja atau Paduka Raja? Apa bezanya? Bagaimana cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja seperti Raja Arab Saudi> Adakah KDYMM Raja Salman, Raja Arab Saudi atau DYMM Raja Arab Saudi Raja Salman?Dalam konteks khusus budaya di Malaysia, saya sarankan tuan menghubungi pihak yang berikut untuk rujukan panggilan hormat Agong/golongan kerabat diraja atau orang kenamaan serta merujuk panduan rasmi protokol yang sahih - sama ada pihak Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, atau Jabatan Penerangan Malaysia, atau Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM). Hal ini disarankan kerana gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris ada hubung kait dengan autonomi istiadat pihak berwibawa, dan tidak mengguna pakai kaedah terjemahan literal.


Dalam konteks umum, data kamus dwibahasa DBP menunjukkan terjemahan panggilan hormat Tuan Yang Terutama/Tuan Terutama (kedua-duanya sama) sebagai His Excellency adalah betul. Terjemahan His Grace ialah Yang Teramat Mulia, dan lazimnya penggunaan tersebut adalah dalam budaya bangsawan barat atau penggunaan khusus keagamaan selain agama Islam.


Untuk pengesahan terjemahan Emperor Emeritus dan Empress Emerita, diterjemahkan sebagai Maharaja Emeritus, dan Maharani Emerita masing-masing adalah betul. Tiada kata Atimaharaja dalam data kami. 


Cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja luar seperti Raja Arab Saudi juga tertakluk pada sumber rujukan sahih kerana pemakaian panggilan hormat untuk raja atau pemimpin luar negara perlu mengikut protokol antarabangsa, serta tidak boleh disamakan dengan konteks Malaysia. Untuk itu saya sarankan tuan mendapatkan sumber rujukan daripada pihak yang dinyatakan tadi atau pihak kedutaan negara berkenaan.

Penyemakan dan penterjemahan16.03.2025
Cikgu Dewan, adakah akhbar Berita Harian masih memaparkan ruang Pedoman Bahasa Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim?Ruangan ini pernah diadakan pada masa dahulu, tetapi sekarang tidak lagi.  Untuk jawapan yang lebih tepat silakan bertanya kepada Berita Harian.Lain-lain19.07.2014
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai buku Nahu Melayu Mutakhir yang ditulis oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Adakah buku ini ada jual oleh mana-mana cawangan DBP?

Untuk memastikan hal tersebut, sila hubungi DBP Cawangan yang berhampiran di kawasan saudara melalui talian 04-5377 241/242.

Lain-lain28.10.2011
12345

Kembali ke atas