apakah ejaan lama bagi perkataan `empat ratus` sebelum 1972 ? Empat ratus atau empat ratos? | Jawapannya ialah empat ratus. | Lain-lain | 04.11.2010 |
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus. | Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) keempat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadikan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan. | Lain-lain | 21.09.2018 |
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Dalam persuratan rasmi, masa bila kita menggunakan sesuatu jumlah atau bilangan yang ditulis dengan perkataan dan ditulis dengan angka, sebagai contoh "empat tajuk", "empat orang" dan "4 buah". Saya pernah dimaklumkan jumlah yang kurang dari 10 ditulis dengan perkataan dan lebih dari 10 ditulis dengan angka. Adakah ini benar. Terima kasih. | Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. | Tatabahasa | 22.07.2010 |
Terdapat empat cara -cara untuk menyelesaikan masalah itu atau Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu. Mohon penerangan..tq | Ayat yang betul ialah "Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu". Ayat "Terdapat empat cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu" adalah tidak tepat kerana cara-cara sudah menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Jika hendak menggunakan perkataan cara-cara, ayat tidak perlu ditambah dengan kata bilangan. Contoh ayat: Cara-cara hendak menjahit langsir di rumah. | Tatabahasa | 24.07.2018 |
Alisa murid tahun empat atau Alisa murid Tahun Empat. Mana satu yang betul? | Ayat yang betula ialah "Alisa murid tahun empat." | Tatabahasa | 05.04.2015 |
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1? | Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
a)Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian. b )Murid( T)ahun (E)mpat dan( T)ahun (L)ima mempersembahkan nyanyian. ADAKAH TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA KENA HURUF BESAR? | Ejaan yang betul ialah "Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian", tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali ada nama kelas seperti Tahun Empat Sejahtera. | Ejaan | 22.07.2014 |
Mohon pengesahan bagi ayat yang betul: a) Tudung empat segi b) Tudung segi empat | Frasa yang betul ialah tudung segi empat. | Tatabahasa | 23.01.2014 |