Apakah definisi empati ? | empati bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. | Makna | 12.11.2007 |
apakah makna perkataan impati,dan cara huraiannya? | Empati(bukan impati) bermaksud daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain: kemahiran bahasa, pengetahuan tentang masyarakat yang dikaji dan rasa empati terhadap masyarakat tersebut telah mengubah bentuk penulisan Sejarah Asia Tenggara; perkembangan sifat empati terhadap orang yang menghadapi masalah dadah. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 390. | Makna | 14.05.2008 |
Adakah penggunaan ayat berikut tepat dan sesuai untuk sijil penyertaan? Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Mendengar, Memahami, Memberi Respons & Menang-Menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”. Atau Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”. | Ayat yang betul dan sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Mendengar, Memahami, Memberikan Respons dan Menang-menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh" 2. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"
| Tatabahasa | 22.07.2025 |
definisi atau istilah yang sesuai untuk pernyataaan ini, "kebolehan membayangkan dan mengongsi perasaan, pengalaman orang lain" terima kasih | Perkataan yang hampir membawa maksud huraian tersebut ialah empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) | Makna | 23.08.2006 |