Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.pa.yar] | ايمڤاير

Definisi : (émpayar) 1. negeri-negeri (biasanya luas) yg di bawah pemerintahan seseorang atau sesebuah negeri yg berdaulat; 2. pemerintahan beraja (atas alasan sejarah, prestij, dll) yg mempunyai maharaja (bukan raja) sbg ketua negara; 3. satu kumpulan syarikat yg biasanya dikawal oleh seorang yg berpengaruh ke atas sesuatu bidang kegiatan tertentu: Mc-Donald berusaha membina ~ makanan segera; berempayar mempunyai empayar (yakni ada negeri-negeri yg tertakluk di bawah pemerintahannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.pa.yar] | ايمڤاير

Definisi : /émpayar/ 1 kumpulan negeri yg diperintah oleh suatu kerajaan yg tertinggi dan berdaulat; negara yg diketuai oleh seorang maharaja. 2 kerajaan yg tertinggi dan berdaulat yg menguasi kawasan yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empayar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.comMasukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel.Lain-lain24.10.2011

Kembali ke atas