Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emperor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat dan sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris "Emperor's New Clothes"? Contoh ayat: "The company's newest device is, in fact, a complete waste of money, but so many people are invested in their brand loyalty that they will continue to buy and adore it like the emperor's new clothes."Terjemahan yang sesuai untuk simpulan bahasa Inggeris “Emperor’s New Clothes” ialah sesuatu perkara yang dianggap betul atau boleh dipercayai disebabkan orang ramai tidak mahu mengkritik perkara tersebut atau kritikan dianggap sebagai perkara yang berlawanan dengan pandangan majoriti.Penyemakan dan penterjemahan20.05.2021
Apakah terjemahan bagi His Grace? Jika Yang Mulia, bukankah ia akan menjadi sama dengan His Highness? Mengapa His Excellency diterjemahkan kepada Tuan Yang Terutama, bukan Yang Terutama? Sepatutnya His Majesty juga diterjemah sebagai Tuan Yang Mulia jika begitu. Gelaran Emperor Emeritus bagi Maharaja Akihito diterjemahkan sebagai Atimaharaja, betulkah, atau gelaran itu diterjemah sebagai Maharaja Emeritus? Apa maksud Atimaharaja? Empress Emerita bolehkan diterjemah sebagai Maharani Emerita? His Majesty The King diterjemah sebagai Baginda Raja atau Paduka Raja? Apa bezanya? Bagaimana cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja seperti Raja Arab Saudi> Adakah KDYMM Raja Salman, Raja Arab Saudi atau DYMM Raja Arab Saudi Raja Salman?Dalam konteks khusus budaya di Malaysia, saya sarankan tuan menghubungi pihak yang berikut untuk rujukan panggilan hormat Agong/golongan kerabat diraja atau orang kenamaan serta merujuk panduan rasmi protokol yang sahih - sama ada pihak Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, atau Jabatan Penerangan Malaysia, atau Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM). Hal ini disarankan kerana gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris ada hubung kait dengan autonomi istiadat pihak berwibawa, dan tidak mengguna pakai kaedah terjemahan literal.


Dalam konteks umum, data kamus dwibahasa DBP menunjukkan terjemahan panggilan hormat Tuan Yang Terutama/Tuan Terutama (kedua-duanya sama) sebagai His Excellency adalah betul. Terjemahan His Grace ialah Yang Teramat Mulia, dan lazimnya penggunaan tersebut adalah dalam budaya bangsawan barat atau penggunaan khusus keagamaan selain agama Islam.


Untuk pengesahan terjemahan Emperor Emeritus dan Empress Emerita, diterjemahkan sebagai Maharaja Emeritus, dan Maharani Emerita masing-masing adalah betul. Tiada kata Atimaharaja dalam data kami. 


Cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja luar seperti Raja Arab Saudi juga tertakluk pada sumber rujukan sahih kerana pemakaian panggilan hormat untuk raja atau pemimpin luar negara perlu mengikut protokol antarabangsa, serta tidak boleh disamakan dengan konteks Malaysia. Untuk itu saya sarankan tuan mendapatkan sumber rujukan daripada pihak yang dinyatakan tadi atau pihak kedutaan negara berkenaan.

Penyemakan dan penterjemahan16.03.2025

Kembali ke atas