Assalamualaikum dan Salam Hormat, Saya merujuk email terdahulu berkaitan istilah ‘inter-empire trade’. Secara ringkasnya ‘inter-empire trade’ merujuk kepada jaringan perdagangan dalam kalangan tanah jajahan dalam empayar (dalam kes ini merujuk kepada empayar British). Saya petik daripada dokumen Persidangan Imperial British pada tahun 1920-an, “Canada is a great exporter to South Africa, and I hope it may be possible, not only with regard to Canada but also with regard to Australia and New Zealand and other portions of the Empire, to make arrangements which will be mutually beneficial and helpful in fostering inter-Empire trade.” Sekian, terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perdagangan antara empayar. | Istilah | 15.02.2017 |
Assalamualaikum dan Salam Hormat, Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'inter-empire trade' dalam bahasa Melayu ? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "inter-empire trade". Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 14.02.2017 |