employee | pekerja. | Makna | 26.07.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian. | Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan. 1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja 2. Employee Work Intention – niat bekerja 3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi 4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial 5. Work Cognition – kognisi kerja 6. autonomy - autonomi 7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin 8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja 9. collaboration – kerjasama 10. distributive justice – keadilan teragih 11. feeback – maklum balas 12. growth - berkembang 13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat 14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara 15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong 16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju 17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
| Istilah | 04.06.2018 |
Salam. Saya seorang pelajar yang sedang menjalankan kajian berkenaan 'employee engagement'. Mohon bantuan pihak tuan untuk menterjemahkan perkataan "employee engagement" ke dalam bahasa Melayu. Sekian Terima Kasih. | Menurut data pangkalan kami, padanan dalam bahasa Melayu bagi employee ialah pekerja, dan terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan dan padanan ini berbeza dalam bidang pentadbiran, perubatan dan kata am. Oleh itu, puan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai. | Istilah | 13.05.2019 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'employee benefits'? | Terjemahan untuk "employee benefit" ialah faedah pekerja. | Istilah | 26.09.2014 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'EMPLOYEE BENEFITS AND SERVICES'? | Terjemahan yang sesuai untuk "employee benefit and services" ialah faedah dan perkhidmatan pekerja. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2014 |
Apakah terjemahan untuk perkataan low performing employee dan underperformance | Salam sejahtera, Padanan yang dicadangkan. Low performing employee: Pekerja prestasi rendah Underperformance: Kurang prestasi Padanan ini disesuaikan dengan konteks pihak tuan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2019 |
Minta BDP menterjemahkan "Employee Engagement Department" jika ada terjemahan lain selain dari Jabatan Pengambilan Pekerja kerana Jabatan tersebut telah digunakan untuk "Recruitment Department" | Untuk makluman, terjemahan untuk "Employee Engagement Department" ialah Jabatan Pengambilan Pekerja. Dalam pangkalan data kami, padanan bahasa Melayu untuk istilah engagement dan recruitment ialah pengambilan. | Lain-lain | 05.05.2011 |
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? | Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali". Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
| Istilah | 21.03.2017 |
Kami ingin menukarkan Employee Handbook daripada Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu. Bolehkan saya mengetahui bagaimana cara-cara untuk saya mendapat maklumat prosedur. | Tuan hendaklah terlebih dahulu menterjemah frasa tersebut dalam bahasa Melayu. Seterusnya kami akan menyemak sama ada ia sesuai atau tidak. Jika kurang sesuai, kami akan mencadangkan kepada tuan cadangan frasa yang paling sesuai untuk digunakan. | Lain-lain | 09.03.2018 |
Saya ingin menjalankan kajiselidik ke atas 'Employee Engagement Survey', tapi tidak dapat terjemahan yang betul untuk perkataan 'Engagement'. Yang ada cuma pertunangan; saya tak rasa ini adalah perkataan yang saya cari. Harap dapat bantu dengan perkataan yang paling sesuai. Terima kasih.-Mohaini. | Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=engagement dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.01.2015 |