Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'empuk' hanya merujuk kepada makanan. Jika situasi ini benar, maka penggunaan kerusi empuk, tilam empuk, sofa empuk dan lain-lain adalah salah. Bagaimanakah pula dengan perkataan 'sedap'? Adakah 'sedap' hanya merujuk kepada makanan? lBolehkah klausa lagu yang sedap didengar, sedap mata memandang, dan lain-lain digunakan ? | Menurut Kamus Dewan, perkataan empuk mempunyai pelbagai maksud, selain bermaksud mudah dikunyah (berkenaan makanan), empuk juga bermaksud tidak keras, iaitu lembut yang merujuk kerusi dan tilam. Begitu juga dengan perkataan sedap selain merujuk makanan yang enak, sedap juga merujuk sesuatu yang sedap didengar (berkenaan bunyi, muzik). | Makna | 11.05.2010 |
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih. | Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Pisang kapas yang masak empuk itu amat sesuai dibuat lepat. Adakah ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa? Terima kasih. | Ayat ini tidak salah dari segi tatabahasa tetapi salah dari segi semantik (makna). Umumnya kata empuk untuk masakan, misalnya ubi direbus hingga empuk. Untuk pisang disebut masak ranum. | Makna | 29.09.2011 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasih | Untuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang. | Istilah | 12.10.2012 |
Salam 1. Di manakah kesilapan ayat ini.Mohon penjelasanTerima kasih Contoh 1. Ubi kentang yang kakak rebus sudah empuk. | Ayat itu betul, ayat pancangan dengan kata hubung "yang". | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |