yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja. | Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja). | Tatabahasa | 27.12.2006 |
Encik, "Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam" atau "tingkatan satu hingga tingkatan enam" yang manakah betul? | frasa yang betul ialah ""tingkatan satu hingga tingkatan enam". "tingkatan satu" dan "tingkatan enam" ialah kata nama am dan perlu ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 05.04.2020 |
Salam, bagaimanakah cara menulis yang betul untuk 'murid-murid tahun enam'? Sama ada 'murid-murid tahun enam' ataupun 'murid-murid Tahun Enam yang lebih betul? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 'murid-murid tahun enam'. | Tatabahasa | 24.09.2014 |
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih | Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
Selamat petang, boleh tanya untuk ayat berikut sama ada perkataan "pelajar tingkatan enam" perlu ditulis dalam huruf besar untuk setiap huruf yang pertama seperti "Pelajar Tingkatan Enam". Ayat: Amalan kitar semula dalam kalangan pelajar tingkatan enam SMK Datuk Onn, Butterworth. Terima Kasih! | Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan Pelajar Tingkatan Enam SMK Datuk Onn, Butterworth, boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. Perkataan pelajar tingkatan enam ini boleh menjadi nama am seperti dalam ayat: Ceramah itu sangat menguntungkan pelajar tingkatan enam. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
Tuan, Mana frasa mana satu yang betul? a) enam kali setahun; atau b) setahun enam kali. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah enam kali setahun. | Tatabahasa | 21.12.2013 |
bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus". | Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Topi berfikir : Pembaca membayangkan apabila mereka memakai topi berfikir, mereka mesti boleh berfikir. Soalan saya, sekiranya dalam ayat, bagaimanakah cara penulisan 'topi berfikir' itu. a) Saya suka kaedah menggunakan enam 'topi berfikir'. b) Saya suka kaedah menggunakan enam topi berfikir. c) Saya suka kaedah menggunakan enam 'Topi Berfikir.' D) Saya suka kaedah menggunakan enam Topi berfikir. | Saya suka kaedah menggunakan enam "Topi Berfikir". | Ejaan | 10.10.2011 |
Adakah kata penyelaras tingkatan enam itu kata majmuk istilah khusus? | "Penyelaras tingkatan enam" berfungsi sebagai frasa, iaitu boleh menjadi subjek atau predikat atau objek dalam suatu ayat yang lengkap, dan bukannya kata majmuk. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Enam peratus daripada peserta-peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini? | Penanda jamak boleh hadir sekali dalam satu ayat, contohnya "enam peratus daripada peserta pertandingan itu remaja lepasan sekolah". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Tatabahasa | 29.07.2013 |