Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n penguatkuasaan: the strict ~ of the new immigration law, penguatkuasaan ketat undang-undang imigresen baru. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enforcement


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
enforcementpenguatkuasaanIstilah19.02.2009
Adakah terjemahan untuk enforcement office ialah - pegawai penguat kuasa atau - pegawai penguatkuasaTerjemahan yang betul bagi 'enforcement office' ialah pejabat penguat kuasa, manakala terjemahan bagi 'enforcement officer' pula ialah pegawai penguat kuasa.Makna02.01.2010
Kementerian saya telah menukar nama bahagian dari Bahagian Penguatkuasa ke Bahagian Enforcement. Adakah dibenarkan untuk menggunakan bahasa rojak sebegini di pejabat Kerajaan?Frasa nama yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan dan istilah ini telah mantap dan banyak digunakan di jabatan-jabatan kerajaan seperti di pihak berkuasa tempatan. Seperti yang tuan sedia maklum penggunaan frasa Bahagian Enforcement adalah salah salah dari segi struktur bahasa Melayu kerana adanya percampuran bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu frasa). Pejabat kerajaan termasuklah dalam dokumen dan penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain24.02.2014
Saya ingin mendapat kepastian sama ada nama agensi peringkat antarabangsa yang tiada dalam PRPM perlu diterjemah dalam Bahasa Melayu atau dikekalkan nama serta singkatannya dalam Bahasa Inggeris? Contohnya: 1. Drug Enforcement Agency (DEA) = Agensi Penguatkuasaan Dadah (APD) 2. Food and Drug Administration (FDA) = Pentadbiran Makanan dan Ubat Adakah terjemahan dalam Bahasa Melayu berserta singkatan nama tersebut boleh diguna pakai? Terima kasih.Nama agensi ialah nama khas. Tidak perlu diterjemah kepada bahasa Melayu. Tetapi sekiranya bukan nama khas, perlu diterjemah.Tatabahasa31.12.2014
pertanyaan tentang penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu; Adakah perkataan "enfocement" digunapakai dalam bahasa Melayu? Sekiranya tidak, apakah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "penguatkuasaan"? Ada sebarang nasihat daripada pihak tuan berhubung penggunaan perkataan tersbeut? Terima kasih.Merujuk pangkalan data DBP dalam semua bidang, perkataan “enforcement” hanya diberikan satu sahaja padanan dalam bahasa Melayu, iaitu “penguatkuasaan”.Makna24.02.2014

Kembali ke atas