Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasih | Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya" | Lain-lain | 25.05.2016 |
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih. | “Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat) | Istilah | 27.05.2020 |
saya diarahkan untuk menyemak sebuah buku eng yang telah translet dalam bm. soalan saya adalah :- (1) adakah DBP menyediakan khidmat translator? (2) jika ya, berapa kosnya? dan berapa lama masa yang diambil? (3) jika tidak, ada perkhidmatan untuk menyemak buku yang telah ditranslet? | Salam. Buat masa ini pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat penterjemah, penterjemahan, semakan terjemahan. Walau bagaimanapun, saudara mungkin boleh memohon bantuan dari Persatuan Penterjemah Malaysia dengan menghubungi Puan Saodah, Setiausaha Kehormat, di talian +6012-2067076. | Lain-lain | 07.10.2010 |
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggara | Terjemahan yang betul untuk "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara . | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2014 |
salam, antara kata adjektif berikut, yang manakah lebih sesuai? 1. Nenek mengisar cili itu sehingga halus. 2. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 3. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. Dan jika saya ingin gunakan no.1 adakah ayat saya salah? Terima kasih. | Ayat yang betul seperti berikut: 1. Nenek mengisar cili itu sehingga lumat. 2. Tulisan Eng Han sangat halus dan sukar dibaca. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
"Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia Dalam Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Bisnes Pintar Saya sedang membuat penerjamaan dari Eng to BM untuk iklan syarikat saya di KLIA. Boleh tolong semak atau bagi idea sikit tak? Jeff Wong jeffwong_604@yahoo.com | "Bring The World Within Reach" - Bawa Dunia mencapai Jangkauan "Smart Matchmaking Platform" - Platform Pemadanan Perniagaan Pintar | Makna | 30.03.2020 |
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih | Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol. Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin. Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima. | Istilah | 24.03.2019 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas jawapan tuan bg soalan saya pd 3/8/16. Saya ingin meminta pandangan tuan, apakah jawapan yg paling sesuai utk digantikan dgn mengawal kegemukan? Menjaga kegemukan blh diterima eng jwp yg betul n gramatis ? Jawapan mengelakkan kegemukan, mencegah kegemukan blh diterima? Mengawasi kegemukan ? Terima kasih. | Kami berpandangan frasa yang tepat dalam konteks tersebut ialah mencegah kegemukan. Mencegah bermaksud mengikhtiarkan supaya jangan berlaku. | Tatabahasa | 04.08.2016 |
bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat melayu. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005; 6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005; 8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan Bahasa Diabaioleh Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996. | Lain-lain | 15.06.2008 |
syirik, tahyul,khurafat | Menurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul. | Makna | 02.10.2007 |