senior highway engineer senior geotechnical engineer service engineer senior quality surveyor assistant quality surveyor/estiomator | jurutera lebuh raya kanan jurutera geoteknik kanan jurutera perkhidmatan | Lain-lain | 27.03.2007 |
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru | 1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan) 2. Civil Engineer - Jurutera Awam 3. Architect - Arkitek 4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal 6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal 7. Pilot - Juruterbang 8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan 9. Television Technician - Juruteknik Television 10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan) 11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan) | Istilah | 30.11.2011 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan paling sesuai bagi "mechanical engineer"? Jurutera mekanikal atau jurutera jentera kerana terdapat kedua-dua istilah di laman ini. Terima kasih. | Kedua-dua padanan iaitu, “Jurutera Jentera” dan “Jurutera Mekanikal” betul dan boleh digunakan untuk merujuk pada “Mechanical Engineer”. Namun, pengunaan yang lebih kerap dalam masyarakat sekarang ialah “Jurutera Mekanikal”. | Istilah | 13.02.2014 |
Adakah perkataan 'higien' boleh digunakan dalam bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan 'hygiene' dalam bahasa Inggeris?. Contohnya adalah 'hygiene technician' dan 'hygiene engineer' diterjemahkan bahasa Melayu menjadi 'juruteknik higien' dan 'jurutera higien' dalam bidang kejuruteraan. Adakah boleh diterima? | Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "higien" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk "hygiene" ialah kesihatan atau kebersihan. Oleh itu, "hygiene engineer" dan "hygiene technician" boleh diterjemahkan kepada jurutera kesihatan dan juruteknik kesihatan atau jurutera kebersihan dan juruteknik kebersihan, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 05.01.2017 |
Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut? | 'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul. | Lain-lain | 08.10.2008 |
Terjemahan dari BI ke BM: 1. Adjunct Lecturer 2. Chartered Engineer | Saudara, Terjemahan dalam bahasa Melayu ialah: i. pensyarah adjung ii. jurutera berkanun | Istilah | 04.11.2009 |