Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata english


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A. Perkataan atau istilah bahasa Malaysia bagi perkara berikut? 1. Orang yang menentukan jangka waktu sesuatu sarikata dipaparkan atau jangka masa video? (English: Timer) 2. Proses penentuan jangka waktu di atas? (English: Timing) 3. Orang yang membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa? (English: Editor) 4. Orang yang menghasilkan gaya tulisan atau video? (English: Typesetter) 5. Proses penghasilan gaya tulisan di atas? (English: Typesetting) 6. Tulisan bergerak bersama lagu (bahasa Jepun: Karaoke) 7. Orang yang mencantumkan video asal, audio asal, dan sarikata yang dibuat sendiri serta penambahbaikan video menjadi satu 'file' video baharu yang boleh ditonton di komputer biasa? (English: Encoder) 8. Proses percantuman di atas? (English: Encoding) 9. Orang yang mencantumkan video, audio dan sarikata ke dalam 'file' berformat .mkv yang selalunya tidak dapat dimainkan dan tidak dapat ditonton di komputer biasa? (English: Muxer) 10. Proses percantuman di atas? (English: Muxing) 11. Orang yang memeriksa semula video yang telah siap di-'encode' untuk memastikan kualiti terjaga? (English: Quality Checker) 12. Proses pemeriksaan di atas? (English: Quality Checking) 13. Orang yang mengedarkan video tersebut? (English: Distributor) B. Adakah perkataan 'efek' betul dari segi bahasa Malaysia dengan maksud 'kesan khas'? Adakah terdapat istilah lain untuk 'efek' ataupun ia sebenarnya membawa maksud yang berbeza? (English: Effect)

(1)Timer-penjaga masa;(2)Timing–tempoh masa;(3)Editor-Editor;(4)Typesetter-pengatur huruf;(5)Typesetting-mengatur huruf; (6)Karaoke-karaoke; (7)Encoder-pengekod; (8) Encoding-pengekodan; (9) Muxer – pemultipleks; (10) Muxing-pemultipleksan; (11)Quality Checker – pemeriksa kualiti; (12)Quality Checking-memeriksa kualiti; (13) Distributor-Pengedar; (14)B. Effect-kesan; (15) Special effect – kesan khas.  

Istilah03.03.2014
English We are committed as a team to achieve clean, safe, and organised working environment to ensure operational efficiency, high quality of services and customer satisfaction through continual improvement. Bahasa Kami komited sebagai satu pasukan bagi mencapai persekitaran kerja yang bersih, selamat, & teratur untuk memastikan kecekapan operasi, kualiti produk dan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan.Kami komited sebagai satu pasukan bagi mencapai persekitaran kerja yang bersih, selamat dan teratur untuk memastikan kecekapan operasi, kualiti produk dan kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan.Penyemakan dan penterjemahan21.12.2015
saya ingin mendapatkan ruangan terjemahan bahasa melayu ke bahasa english dan bahasa english ke bahasa melayuSdr bolehlah merujuk KIMD, Kamus Inggeris Melayu Dewan (carian kata), untuk terjemahan daripada BI, walau bagaimana DBP belum ada Kamus Melayu Inggeris untuk rujukan terjemahan Melayu Inggeris.Makna09.08.2007
PERKATAAN ENGLISH ENGRAFTMENT DALAM BAHASA MELAYU "Engraftment is when transplanted stem cells enter the blood, make their way to the bone marrow and start making new blood cells. It usually takes about 2 to 6 weeks to start seeing a steady return to normal blood cell counts"Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah "engraftment". 
Walau bagaimanapun, pihak DBP akan maklumkan kepada tuan jika ada istilah sesuai yang dikenal pasti.
Istilah14.05.2019
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik?Salam sejahtera,

Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat.

Terima kasih.
Makna04.01.2018
Apakah english reflexive pronouns dalam bahasa Melayu? Adakah sendiri, dirinya sendiri, diri, dirinya merupakan perkataan yang mirip gantinama reflexive bahasa inggeris? Saya cari 'sendiri' dan didapati ia termasuk dalam tatabahasa bahasa melayu golongan kata nama. Tolong beri penerangan. terima kasih.

Istilah reflexive pronoun dalam bahasa Melayu ialah kata ganti refleksif. Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maknanya dengan lebih lanjut.

Istilah07.10.2010
perkataan english 'feacal', 'fecal' dan 'feces', apakah perkataan bahasa melayu paling tepat untuk menterjemahkan setiap satu nya? mengapa tidak dijadikan sebagai salah satu bahasa melayu terutamanya perkataan 'faecal'?Ketiga-tiga kata yang diberikan mempunyai makna yang sama,iaitu tahi atau tinja.Makna24.01.2008
Untuk Sampling (English) adakah terjemahannya ke Bahasa Malaysia menjadi Pensampelan? Atau Pesampelan? Yang mana satu yang betul?

Puan Suraya,

Ejaan yang betul ialah Pensampalan.

Ejaan02.07.2010
translation from english to bhasa malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing.  Puan boleh  menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara bagi mendapatkan khidmat tersebut. 

Lain-lain22.03.2010
translation from english to bhasa malaysiaDewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing.  Puan boleh  menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara bagi mendapatkan khidmat tersebut. Lain-lain22.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas