Hi, apakah istilah "search engine" yang tepat? "Enjin carian" atau "enjin gelintaran"? | Menurut istilah "search engine" ialah "enjin carian". | Istilah | 04.08.2007 |
apa maksud penerapan menurut kamus dewan | Makna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan. | Makna | 04.10.2009 |
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin | Saudara, Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara. | Istilah | 19.10.2009 |
Apakah perkataan yang sesuai "depan" atau "hadapan" untuk ayat berikut: Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke air? Perlukah dimasukkan perkataan "dalam" sebelum perkataan "air"? Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke ______ air? | Kata "depan" dan "hadapan" sama maksudnya. Oleh itu, penggunaan mana-mana satu daripada perkataan tersebut adalah betul. Ayat yang betul ialah Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke dalam air. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih. | Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih | Ejaan | 30.06.2009 |
Penggunaan 'dari', 'daripada', 'ke' dan 'kepada'. Apakah ayat yang betul bagi ayat ini? ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya". | -
Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. -
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. -
Cadangan ayat ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya" adalah betul penggunaan tatabahasa. | Tatabahasa | 09.01.2020 |
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarik | DBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. | Lain-lain | 05.09.2018 |
pragmatis | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 11.11.2010 |
maksud 'lanai' | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 03.11.2010 |
maklumat berkenaan ETHNOGRAPHY OF COMMUNICATION | Anda boleh melayari enjin pencarian Googles dan banyak maklumat mengenai bahan yang anda sedang cari. Dan anda juga boleh ke Perpustakaan Negara Malaysia kerana terdapat bahan "Ethnography of communication codes in East Java / Soeseno Kartomihardjo di bahagian rujukan. | Lain-lain | 05.08.2007 |