Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.jut] | انجوت

Definisi : ; enjut-enjut; ~ semut sj permainan kanak-kanak; mengenjut 1. menggerakkan perlahan-lahan, menarik atau mengangkatnya perlahan-lahan, menggerakkan turun naik; 2. = mengenjut-enjut turun naik: didengarnya anak-anak dara itu ketawa riang, ketawa yg pd mulanya ~, kemudian memanjang-manjang pula; terenjut-enjut (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan ~; bahunya ~;enjutan gerakan (goncangan) turun naik: ~ bas itu memuakkan tekak juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.jut] | انجوت

Definisi : ; mengenjut menarik dsb supaya bergerak turun naik: ~ buaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enjut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bagi terhenjut-henjut? sila berikan maksud. terima kasihEjaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dan lain-lain) turun naik (tinggi rendah), seperti ayat "Ia berjalan terenjut-enjut".Makna27.05.2011
Salam Sejahtera ! Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, didapati perkara seperti berikut; kendik ; berjalan terhenjut-henjut Walaubagaimanapun, makna perkataan "henjut" tiada dalam kamus tersebut. Yang ada hanyalah enjut. Makna dan ayat-ayat contoh yang diberikan juga tidak melibatkan perkataan 'henjut' atau menyatakan enjut = henjut Mohon penjelasan tuan.Kami ambil maklum perkara berkenaan dan akan dikemukakan untuk tindakan Bahagian Perkamusan, DBP.Tatabahasa19.06.2012
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
apakah maksud terhenjut-henjut?Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Harap maklum.Makna28.08.2007
1)Apakah maksud terhenjut-henjut? 2)apakah maksud sektor kritikal ?1. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Sektor kritikal pula ialah sektor yang penting dan sedang menghadapi kekurangan tenaga pakar yang memerlukan perhatian khusus. Contohnya bidang kedoktoran.Makna11.01.2010

Kembali ke atas