Adakah entiti mithali bermaksud teladan? | Ejaan yang betul ialah misali iaitu berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani seperti ibu misali. | Makna | 18.04.2014 |
Apakah maksud ENTITI dan ATRIBUT? | Makna entiti ialah sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri. Atribut ialah sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.11.2008 |
SALAM. saya ingin bertanya berkenaan frasa ini. 'Gaya hidup manusia membawa kepada perbezaan sikap dan sesebuah entiti masyarakat, satu analisa perbandingan novel Mencari Locus Standi dan Lantera Mustika karya Nisah Haron'. Soalan saya, adakah penggunaan perkataan entiti itu mengikut spesifikasi yang betul menurut DBP? jika tidak apakah frasa yang tepat untuk membetulkannya. terima kasih. | Entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Frasa entiti boleh digunakan dalam ayat tersebut tetapi tidak perlu didahului penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Semakan Tema Majlism Anugerah Citra Khidmat (ACK) "Melantasi Entiti Gemilang" | Jawapan Melantasi Entiti Gemilang adalah betul dari segi struktur dan tatabahasa bahasa Melayu. oleh itu, tema ini boleh digunakan untuk maksud yang diberikan | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Apakah padanan istilah undang-undang yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk "front company"? Ia merujuk kepada entiti sama ada individu atau kumpulan atau organisasi yang digunakan untuk mengelakkan seseorang pemilik atau anggota syarikat yang lain dikenal pasti. Dalam prosiding perundangan, lazimnya ia turut dikenali sebagai entiti pelindung yang digunakan untuk menyembunyikan sesuatu kegiatan haram. Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus istilah "front company" dalam bahasa Melayu.Berdasarkan penerangan puan, penggunaan entiti pelindung bagi "front company" boleh digunakan yang lazim digunakan dalam istilah undang-undang. | Lain-lain | 27.12.2013 |
Apakah maksud hybrid dalam istilah puisi? | Salam Maal Hijrah 1432, Perkataan hibrid secara harfiah bermakna kacukan, bauran atau cantuman dua/atau lebih entiti yang berlainan identiti dan budaya sehingga membentuk entiti baru. Dalam karya sastera, termasuklah genre puisi, perkataan hibriditi menjadi salah satu unsur penting dalam teori pascakolonial untuk memperlihatkan permasalahan dan kesan representasi kolonial dan kolonialisasi sehingga membentuk identiti budaya baru dan unik kepada kalangan yang terjajah. Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, novel "Mencari Isteri" karya Mohamad Yusof Ahmad, memperlihatkan ciri-ciri hibriditi identiti dan budaya kalangan pegawai Melayu dalam "Malay Civil Service" walaupun berjiwa Melayu yang menyerap masuk nilai-nilai Barat sebagai nilai baru, antaranya melalui cara penampilan, cara pergaulan, jenis perabot dan susun atau hiasan dalamannya, lanskap dan pemikiran yang sendeng Barat. Dari segi pemikiran, unsur-unsur pemodenan ke atas bangsa Melayu menggunakan kayu ukur pemodenan kaedah Barat. Dalam karya puisi subjek yang sama mungkin juga dapat diteliti. Penggunaan mitonimi sebagai bahasa kiasan untuk menjustifikasikan kesan bauran dan cantuman identiti dan budaya dalam puisi itu juga dapat diteliti. Mutakhir ini terdapat pandangan yang lebih terbuka dan radikal terhadap penggunaan istilah hibriditi, apabila bauran atau cantuman budaya itu tidak lagi dilihat sebagai kesan dan akibat penjajahan semata-mata tetapi kesan daripada modernisasi, urbanisasi, sentralisasi dan globalisasi yang memungkinkan transmigrasi, percampuran dan bancuhan sesebuah budaya dan identiti itu menjadi dinamik sehingga membentuk identiti dan budaya baru yang unik. Banyak bahan rujukan yang saudara boleh teliti untuk menambah pengetahuan dalam bidang ini, misalnya karya Homi Bhabha The Location of Culture ((1994)atau tulisan G.Yao Taxonomizing hybridity (2003). Penjelasan lanjut juga boleh juga ssaudara peroleh dengan menghubungi tenaga pakar teori dan kritikan DBP iaitu sdr. Mohamad Daud Mohamad di talian 03-21482536 atau 0133236724. Salam takzim. | Lain-lain | 04.12.2010 |
SPECIAL PURPOSE VEHICLE | ENTITI KEGUNAAN KHAS | Istilah | 02.11.2010 |
what is the Bahasa version for Entity? | 'entiti' yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
Salam, dalam bahasa Melayu, perkataan "-isme" atau "-isma" yang betul? | Untuk makluman saudara, isme' digunakan bagi perkataan bermaksud fahaman. Contohnya, nasionalisme, komunisme, sosialisme, manakala 'isma' digunakan bagi perkataan yang bermaksud satu entiti. Contoh, prisma dan organisma. | Tatabahasa | 09.04.2012 |