Salam ceria... Sila rujuk kepada ayat berikut: Individual holds incremental mindset makes more inferences compared to individual with entity mindset. Saya menghadapi masalah untuk mengenalpasti terjemahan (1) incremental mindset (2) entity mindset Adakah sesuai kalau saya menggunakan penetapan minda perkembangan dan penetapan minda entiti/tetap? Please advise me. Terima kasih. | 1) Dalam data kami tiada padanan khusus bagi istilah "incremental mindset". Walau bagaimanapun, terdapat perkataan incremental yang diterjemahkan kepada tambahan, meningkat dan tokokan manakala mindset diterjemahkan kepada penetapan minda. Oleh itu, kami memcadangkan "incremental mindset" diterjemahkan kepada "penepatan minda tambahan". (2) Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "entity mindset" . Walau bagaimanapun, perkataan "mindset" diterjemahkan kepada penetapan minda manakala "entity" diterjemahkan sebagai enititi. Oleh itu kami mencadangkan "entity mindset" sebagai penetapan minda entiti.
| Istilah | 24.10.2013 |
what is the Bahasa version for Entity? | 'entiti' yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Apakah padanan Bahasa Melayu bagi 'non-registering local bank', 'sponsored closely held investment vehicles' dan 'limited life debt investment entity'? | Sila kemukakan cadangan terjemahan frasa tersebut dalam bahasa Melayu dengan mengambil kira konsep/makna frasa tersebut untuk semakan kami. Kami tidak dapat mencadangkan terjemahan kerana pihak tuan yang mengetahui konsep penggunaan frasa tersebut dalam keseluruhan teks. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.01.2015 |
Saya mencari translation Bahasa Melayu bagi perkataan "coercive isomorphism". Contoh ayat : "Coercive isomorphism is a consequence of an organisation experiencing institutionalised pressure from another organisation or entity to which they are dependent on, to act in a certain manner (DiMaggio & Powell, 1983). These coercive pressures are evident when powerful organisations force organisations with less power to act in compliance to certain actions and behaviours to receive legitimacy, and its subsequent benefits (Edwards et al., 2009)" Boleh bantu saya untuk translate ke Bahasa Melayu bagi perenggan di atas? Terima kasih | Pihak kami mencadangkan "coercive isomorphism" diterjemahkan sebagai "isomorfisma paksa" atau "isomorfisma paksaan" Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.
| Istilah | 25.08.2020 |