Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.tri] | اينتري

Definisi : (éntri) 1. perkara (butiran, maklumat, dll) yg dimasukkan ke dlm sesuatu senarai (rakaman dll): semua ~ disusun mengikut susunan abjad; 2. karya (ciptaan dll) yg dikemukakan utk menyertai sesuatu pertandingan dsb: drpd beratus-ratus ~ cerpen, hanya 13 buah sahaja yg berjaya memenangi hadiah anjuran ESSO-GAPENA; 3. kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt kelas kata, etimologi dsb, kata masukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.tri] | اينتري

Definisi : /éntri/ kata atau ungkapan utama dlm kamus yg disusun mengikut urutan abjad yg disertai takrif dan maklumat lain spt sebutan, kelas kata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah menerima maklumat mengenai entri-entri baharu dalam Kamus Dewan. Di manakah boleh saya dapatkan keseluruhan entri baharu tersebut?Tidak ada satu senarai entri baru sebagai eceran daripada Kamus Dewan. Entri baru dimasukkan pada setiap kali edisi baharu diterbitkan.Lain-lain15.08.2011
Salam, Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan padanan bahasa Melayu bagi entri-entri bahasa Inggeris dalam bidang Sains Sukan yang dilampirkan. Terima kasihKami memerlukan sedikit masa untk menyemak senarai yang tuan berikan. Jawapan tersebut akan di-e-mel terus kepada tuan.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Assalamualaikum... Jika saya ingin menyusun sebuah kamus dari sudut yang berbeza dengan kamus dewan (Kamus Dewan susun ikut abjad tapi sya nak susun ikut rima akhir) tetapi sumber entri masih daripada Kamus Dewan, adakah saya perlu meminta izin daripada DBP? Tidak semua entri dalam kamus Dewan yang diambil, cuma entri-entri yang bekaitan sahaja.Jika mahu menggunakan bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perlu mendapat izin daripada DBP terlebih dahulu. Sila hantar surat permohonan untuk menggunakan bahan itu kepada Ketua Pengarah DBP.Lain-lain10.03.2013
Ungkapan “di bawah entri” atau “bawah entri, “di bawah naungan” atau “bawah naungan” dan “di bawah peraturan” atau “bawah peraturan”? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah di bawah entri, di bawah naungan dan di bawah peraturan.Tatabahasa10.04.2012
Dalam entri “ribu” KD4 menulis begini: 1000, 4000. Dalam entri “juta” KD4 menulis begini: 1 000 000. Lazimnya saya menulis begini: 1,000,000. Manakah yang persis (a) 1000000 (berdasarkan entri ribu) (b) 1 000 000 (berdasarkan entri juta) (c) 1,000,000 (kelaziman saya) (d) 1, 000, 000 (kemungkinan ada)?

Berdasarkan sistem matrik, entri ribu dan juta ditulis sebegini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

1000 - 9000 (tidak ada jarak)

1 000 000 (dijarakkan dan tidak diletakkan sebarang tanda koma)

 Terima kasih. 

Lain-lain02.02.2009
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan.

Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan.
Istilah08.02.2012
Apakah imbuhan awalan yang betul untuk perkataan "serta"? Adakah "be" atau "ber"? Hasil semakan melalui laman prpm, kedua-dua penggunaan dibenarkan. Sila rujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar melalui pencarian perkataan "beserta" dan "berserta". Pohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah berserta. Sila lihat maklumat yang tercatat dalam entri kamu, bukan huraian entri. Entri berserta tercatat dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan.Tatabahasa14.03.2017
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut?Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut.Lain-lain09.02.2018
salam, saya nak tahu, bagaiman pembahagian entri dalam kamus dewan ditentukan?Kami kurang jelas dengan pembahagian entri yang dimaksudkan. Sedikit maklumat yang dapat kami salurkan, entri Kamus Dewan dan juga kamus-kamus umum yang lain dibuat berdasarkan akar kata. Kata terbitan dimasukkan di bawah entri yang sama.Lain-lain21.11.2017
Berapakah jumlah entri dalam kamus pelajar edisi pertama dan edisi kedua ? Sekian terima kasih.Jumlah entri Kamus Pelajar ialah 24,000 dan jumlah entri Kamus Pelajar, Edisi Kedua ialah 28,000.Lain-lain24.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas