Saya ingin bertanya apakah perkataan translasi yang sesuai untuk "Easy-Entry Package"? "Easy-Entry Package" ialah 1 pakej baru yang kami perkenalkan untuk pembeli hartanah SEDC. | Terjemahan yang sesuai untuk "Easy-Entry Package" dalam bahasa Melayu ialah pakej kemasukan mudah. | Istilah | 24.02.2009 |
Frasa ini dalam BM - entry point | Entry point boleh bermaksud: a) Titik permulaan atau titik masukan (komputer, kejuruteraan dan ubat) b) ketika cecah ((berenang) - Pendidikan Jasmani) | Istilah | 01.07.2011 |
Adakah betul terjemahan ini: Free market entry - bebas keluar masuk pasaran | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Free market entry dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Free market entry supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
Salam hormat, Mohon bantuan untuk menterjemahkan seperti berikut: 1) Entry Stamp (berkaitan dengan pasport) Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "entry stamp" ialah cap masuk. | Istilah | 17.06.2016 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: i. Zero entry cost: kos kemasukan sifar ii. Zero moving cost: kos pemindahan sifar | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
Contoh ayat sebelum dan selepas yang diminta berkaitan terjemhaan tepat untuk "free market entry". Saya terjumpa terjemahan ini ketika mencari di internet (bahan berkaitan istilah ekonomi) "Jika perusahaan anda mempunyai kedudukan dominan dalam suatu pasaran, anda perlu mmemastikan perusahaan anda tidak menggunakan kedudukan yang kukuh dalam pasaran itu untuk merosakkan persaingan. Walau bagaimanapun faktor-faktor lain akan diambil kira dalam menilai dominans termasuk faktor sama ada terdapat kebebasan keluar masuk pasaran". | Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan free market entry ialah kemasukan ke pasaran bebas. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |
I cant acess permohonan due to no catergory entry ??? pls help or call me to do it infront of my computer saw 016-7112551 | Tuan, Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.06.2017 |
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Nama saya kalaiselvi. Saya mencari kerja data entry dari rumah. Saya ada pengalaman selama 5 tahun dalam perkerjaan tersebut. sekiranya ada jawatan kosong tersebut mohon email kepada saya . sekian terima kasih | DBP akan menyiarkan iklan jawatan kosong dari semasa ke semasa. Untuk itu, sekiranya tuan berminat, tuan bolehlah melayari laman web DBP atau melihat iklan yang disiarkan dalam akhbar utama berbahasa Malaysia yang disiarkan dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 10.02.2017 |
Mohon cadangan penggunaan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah-istilah berikut (khususnya dalam bidang pendidikan): 1. Active Learning 2. Collaborative Learning 3. Constructive Learning 4. Authentic Learning 5. Goal-Directed Learning 6. Entry Level 7. Adoption Level 8. Adaptation Level 9. Infusion Level 10. Transformation Level | Active Learning - Pembelajaran Aktif Collaborative Learning - Pembelajaran Kolaboratif Constructive Learning -Pembelajaran Konstruktif Authentic Learning -Pembelajaran Autentik Goal-Directed Learning -Pembelajaran Aktiviti Bermatlamat Entry Level -Pencapaian masuk 7 Adoption Level - Tahap Penerimaan 8 Adaptation Level 9 - Tahap Adaptasi 9 Infusion Level 10 - Tahap Infusi 10 Transformation Level - Tahap Transformasi | Istilah | 21.03.2019 |