saya ingin bertanya apakah makna bagi perkataan "contrasting epistemological" saya telah rujuk kamus tetapi tidak ditemuai. | Perkataan epistemologi bermaksud teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan. Padanan bahasa Melayu bagi istilah contrasting epistemological ialah epistemologi bertentangan. | Istilah | 02.05.2008 |
harapkan pagar,pagar makan padi atau harapkan pegar,pegar makan padi | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. | Lain-lain | 29.10.2015 |
Apa dimaksudkan dengan dialektik budaya dan apa contoh dialektik budaya ? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): dialektik ialah kaedah menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat melalui perbincangan, perdebatan dan kajian, yang dibuat secara teratur dan dapat diterima akal. Contoh penggunaan: Epistemologi Barat bukan berdasarkan kias, sebaliknya berdasarkan dialektik. budaya pula terbahagi kepada empat makna iaitu: 1. cara hidup yang meliputi cara berfikir, kepercayaan dan adat yang diterima serta diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat: Contoh penggunaan: Kita hendaklah mengkaji budaya Melayu Islam yang sebenar. 2. keadaan atau tingkat kehidupan yang maju dari segi fizikal, mental dan rohani; peradaban; tamadun: Contoh penggunaan: Masyarakat orang asli yang terdedah kepada ilmu dan teknologi kini sudah mempunyai budaya tinggi. 3. perbuatan dan tingkah laku yang menjadi amalan sesuatu kelompok orang atau masyarakat: Contoh penggunaan: Budaya membaca perlu dipupuk dalam kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara. 4. pelbagai jenis seni spt muzik, filem, karya sastera dan sebagainya yang dianggap penting dalam perkembangan tamadun manusia: Contoh penggunaan: Ilmu silat ialah cabang budaya seni mempertahankan diri yang dapat menanamkan sifat mulia dalam kehidupan harian. Untuk memperoleh maklumat yang terperinci bagi konsep dialektik budaya, sila ikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan sosial, kemanusiaan dan falsafah. Misalnya dalam Sosiologi, dialektik budaya dilihat dalam kajian perubahan sosial, konflik budaya dan globalisasi. | Makna | 10.12.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan burung pegar dalam padi? | Tidak ada maklumat terperinci berkaitan burung pegar dalam sumber rujukan kami. Jika yang dimaksudkan ialah pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam. | Makna | 06.01.2012 |
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam.. | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam. | Tatabahasa | 26.02.2012 |
Syawal Zj 08:20 Syawal Zj Syawal Assalamualaikum DBP. Saya ingin bertanya tentang satu peribahasa. Betulkah seperti yg telah viral kebelakangan ini, 'pegar' adalah perkataan sebenar dalam peribahasa 'Harapkan pagar, pagar makan padi'?. | Terima kasih tuan. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. | Lain-lain | 01.12.2016 |