Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang makna perkataan "epok-epok". Menurut Kamus Dewan edisi keempat, epok-epok bermaksud sejenis kuih yang berintikan sayur. Namun begitu, apabila saya cuba mencari maklumat dan gambar "epok-epok" daripada Internet, saya mendapati bahawa epok-epok seolah-olah merujuk kepada karipap. Hal ini membuat saya keliru. Adakah "epok-epok" merujuk kepada karipap? Jika benar begitu, mengapakah makna yang diberi ialah kuih yang berintikan sayur padahal karipap tidak semestinya berintikan sayur. Saya berharap pihak dbp dapat membantu saya. Terima kasih | Dalam Kamus Dewan epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur dan berdasarkan dapatan saudara daripada Internet bentuk epok-epok sama seperti karipap. Hal ini berkemungkinan epok-epok dibuat dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk seperti karipap tetapi berintikan sayur. | Makna | 24.10.2011 |
Saya ingin mengetahui maksud gado-gado, epok-epok dan dekak-dekak. Terima kasih. | Gado-gado ialah sejenis makanan daripada sayur-sayuran, tempe, tauhu dan sebagainya yang digaul dengan kuah kacang. Epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur. Dekak-dekak ialah sempoa. | Makna | 18.10.2011 |
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 01.06.2013 |