Testing equipment | peralatan percubaan | Lain-lain | 01.07.2008 |
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan, Apakah padanan yang sesuai bagi free weight equipment? Berikut merupakan maksud bagi free weight equipment. Free weights include dumbbells, barbells, medicine balls, sandbells, and kettlebells. Unlike weight machines, they do not constrain users to specific, fixed movements, and therefore require more effort from the individual's stabilizer muscles. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Cadangan padanan tersebut ialah kelengkapan pemberat bebas. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.07.2019 |
Mohon jasa baik untuk menterjemahkan perkataan 'Sublimation Ink', ID Card Equipment' dan Compatible Laser Toner'. | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Sublimation Ink - dakwat pemejalwapan 2. ID Card Equipment - Perralatan Kad ID 3. Compatible Laser Toner - Toner Laser Serasi | Istilah | 08.03.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Photo Chemical Milling Equipment 2. Automated Pick & Place Machines Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Photo Chemical Milling Equipment - Peralatan Pengisaran Fotokimia 2. Automated Pick & Place Machines - Mesin Pilih dan Letak Automatik | Istilah | 05.04.2016 |
mahu terjemahan ke Bahasa untuk terma "Original Equiment Manufacturer (OEM)" dan "Original Design Manufacturer (ODM)" yang tepat. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk Original Equipment (OEM) Manufacturer dan Original Design Manufacturer (ODM). Walau bagaimanapun, istilah untuk manufacturer ialah pengilang, equipment ialah peralatan, design ialah reka bentuk, dan original ialah tulen atau asli. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang dikemukakan ialah Pengilang Peralatan Tulen dan Pengilang Reka Bentuk Tulen. | Istilah | 18.10.2011 |
forming and shoring equipment for concrete construction | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Salam sejahtera tua/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Weeder 2. Calf & Cow Covers 3. Calf Debudding Equipment & Supplies 4. Electric Dehorner 5. Chin Ball Mating Harness Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Weeder -Pencabut Rumpai/Pembuang Rumpai 2. Calf & Cow Covers - Penutup Badan Anak Lembu dan Lembu 3. Calf Debudding Equipment & Supplies - Peralatan Pembuangan Sel Penghasilan Tanduk 4. Electric Dehorner - Pembuang Tanduk Elektrik 5. Chin Ball Mating Harness - Abah-Abah Pengawanan di Dagu Lembu | Istilah | 02.03.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu 2. Cow Hobble - Sengkela Lembu 3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu 4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu 5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri 7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri | Istilah | 10.03.2016 |
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai. | Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068. | Istilah | 20.02.2010 |
Tuan / Puan, Saya ingin mencari istilah Bahasa Melayu yang digunakan bagi perkataan-perkataan dibawah: 1. Rich Internet Applications (RIA) 2. Civil Engineer 3. Architect 4. Soil Analyst 5. Mechanical Engineer 6. Electrical Engineer 7. Pilot 8. Aeronautical Engineer 9. Television Technician 10. Lighting Equipment Operation 11. Glass Product Decorator Khidmat daripada pihak Tuan / Puan amat saya hargai. Terima Kasih. Salam hormat, Nur Shalihah binti Muhdi Kolej Olympia Johor Bahru | 1. Rich Internet Applications (RIA) - Aplikasi Internet Beraneka (cadangan) 2. Civil Engineer - Jurutera Awam 3. Architect - Arkitek 4. Soil Analyst - Juruanalisis Tanah 5. Mechanical Engineer - Jurutera Mekanikal 6. Electrical Engineer - Jurutera Elektrikal 7. Pilot - Juruterbang 8. Aeronautical Engineer - Jurutera Penerbangan 9. Television Technician - Juruteknik Television 10. Lighting Equipment Operation - Operasi peralatan lampu (cadangan) 11. Glass Product Decorator - Juruhias produk kaca (cadangan) | Istilah | 30.11.2011 |