Yang manakah merupakah penggunaat yang betul? Dengan erti kata atau dalam erti kata? | Penggunaan perkataan yang betul ialah "Dalam erti kata." | Lain-lain | 15.06.2022 |
erti kata memanggung | Memanggung bermaksud mengangkat. | Makna | 31.08.2007 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |
Apakah maksud perkataan butik dalam erti kata bahasa melayu | butik bermaksud kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). | Makna | 11.11.2007 |
saya nak tahu tentang perkataan polemik?? apa kah yg dimaksud kn erti kata tersebut.. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan perkataan polemik merupakan sesuatu perbahasan (perdebatan, perbantahan) dengan rencana atau tulisan dalam surat khabar (majalah dll). | Makna | 19.03.2009 |
Tuan, salam sejahtera. Saya ingin meminta tunjuk ajar daripada pihak tuan tentang erti kata "tanda hati" dalam ayat "Kami akan menerima sumbangan tanda hati daripada pegawai daerah". Sekian, terima kasih. Yang benar, Encik Chai. | Tidak ada frasa "tanda hati" dalam data kami. Berdasarkan konteks ayat tanda hati boleh membawa maksud hadiah atau cenderamata sebagai tanda ingatan. | Tatabahasa | 14.10.2014 |
erti kata 'dasar' | Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), 3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi, 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya, 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.03.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin mencari perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "Project Management Office (PMO)". Dalam erti kata ayat. Syarikat A mengurus, mentadbir dan menjalankan perniagaan untuk Syarikat B. Oleh itu Syarikat A adalah PMO kepada Syarikat B. | Terjemahan yang sesuai bagi Project Management Office (PMO) ialah Pejabat Pengurusan Projek | Makna | 20.03.2017 |
Salam, apakah terjamahan bagi makna sister company? Sister company adalah bila perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain. Atau dalam erti kata lain, sister company ini apabila terdapat dua syarikat yang mana kedua-duanya mempunyai satu parent company yang sama yang memegang mereka. | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah sister-subsidiary yang dipadankan sebagai subsidiari seinduk. Sehubungan dengan itu, cadangan bagi sister company ialah syarikat seinduk jika bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.08.2020 |
Salam, saya nak tahu maksud pandangan jagat dalam erti kata sebenar atau mengikut kamus dewan. kerjasama yang akan diberikan amatlah dihargai. sekian terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 06.10.2010 |