Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ertinya

Peribahasa

Ditakik bagai berendang,
     disepakkan bagai berayam.

Bermaksud :

Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Apakah ertinya perkataan 'karangan' dlm ayat ini?Kamala meletakkan karangan bunga itu di atas meja di ruang tamu. "'karangan' dalam ayat ini bermaksud 'jambak bunga 'rangkai' dan ''ikat ' bunga.Makna27.05.2013
Apa ertinya banner Sinaran Harian "Kita Kulun, Kita Kampoi."? Editornya tidak menjawab pertanyaan ini.Perkataan "kampoi" bermaksud menggulung atau melilit benang pada sesuatu, manakala "kulun" tiada dalam rujukan kami. Kemungkinan bahasa yang digunakan ialah bahasa dialek atau slanga. Walau bagaimanapun, editornya yang patut menjawab perkataan ini. Perkataan yang hendak digunakan sepatutnya dapat difahami supaya mesejnya sampai kepada khalayak.Makna31.01.2010
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih.tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka;Makna30.10.2007
saya tahu bahawa celaka bermaksud malang. Tetapi bolehkah kemalangan jalan raya ditukar menjadi kecelakaan jalan raya?Kamus Dewan menakrifkan malang sama ertinya dengan celaka. Merujuk kepada makna yang tersebut kemalangan jalan raya sama ertinya dengan kecelakaan jalan raya, walau bagaimanpun frasa kemalangan jalan raya telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa16.08.2011
Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa07.03.2014
Minta diperbetuklan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa06.03.2014
Perkataan membujuk sama ertinya dengan memujukkah?bujuk sama makna dengan pujuk, oleh itu membujuk sama dengan memujukTatabahasa13.04.2008
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding.

Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi.
Ejaan16.02.2015
saya nak tanya apa ertinya perkatan chrysanthemum dalam bahasa melayuPerkataan chrysanthemum merujuk sejenis bunga, iaitu bunga kekwa. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Makna09.07.2009
adakah kata "ialah" dan "adalah" itu sama ertinya dan boleh digunakan di mana-mana saja yang perlu?Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.Tatabahasa11.04.2009
12345

Kembali ke atas