Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esah

Puisi
 

Encik Esah pergi Merlong,
     Sampai Merlong masak petola;
Orang susah wajib ditolong,
     Baru kita dapat pahala.


Lihat selanjutnya...(15)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena.Tatabahasa21.10.2010
Mohon pandangan pihak tuan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1368, perkataan “melupakan” ialah kata terbitan daripada perkataan “lupa” yang membawa maksud lupa akan, tidak ingat akan, menjadikan lupa.

Berdasarkan cadangan pembetulan yang diberikan, kedua-dua jawapan adalah betul dan boleh digunakan seperti yang berikut:

  1. Mak Esah tidak pernah lupa akan peristiwa pahit yang menimpa anaknya, walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.
  2. Mak Esah tidak pernah melupakan peristiwa pahit yang menimpa, anaknya walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku.

Kata kerja yang menerima akhiran –kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja iaitu:

  1. Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan.
  2. Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 183 – 185.

 

* Untuk soalan yang akan datang, tuan/puan tidak perlu menghantar lampiran, memadai dengan memasukkan soalan dalam ruangan yang disediakan.


Tatabahasa13.12.2024

Kembali ke atas