Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata escape


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memohon pencerahan perkataan term "escape extinction" bahasa inggeris yang digunapakai untuk teknik reinforcement kanak - kanak. Adakah bersesuaian jika saya menggunakan maksud bahasa melayu dari "escape extinction" keypads "melepaskan diri dari kepupusan"Padanan bahasa Melayu bagi istilah escape extinction ialah penghapusan lepas diri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.11.2022
escape route dalam bahasa melayu crafted coffee dalam bahasa melayuDalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Cadangan bahasa Melayu bagi escape route ialah laluan/jalan keluar dan crafted coffee ialah kopi seni jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor

Saudara,

Saudara,

Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud  sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada  perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Istilah05.01.2010

Kembali ke atas