Salam. Apakah padanan terjemahan Inggeris-Melayu yang tepat untuk perkataan "establishment" dan "anti-establishment" dalam konteks ayat di bawah: "Trump takes up the fight against the US establishment" Terima kasih. | Salam sejahtera, Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "establishment" bermaksud n act of, (founding) penubuhan, mendirikan. Dalam konteks ayat yang dinyatakan, "establishment" bermaksud penubuhan dan 'anti-establishment' bermakna antipenubuhan. Sekian terima kasih. | Makna | 15.01.2018 |
Saya ingin membuat pengesahan terjemahan saya. "A Business Development Center is an operational establishment set up within Market Malaysia’s computerized organization tracking system" Terjemahan saya "Pusat Pembangunan Perniagaan adalah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai ialah "Pusat Pembangunan Perniagaan ialah penubuhan operasi yang disediakan dalam sistem pengesanan organisasi berkomputer Market Malaysia". | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2016 |
Tuan/Puan, Apa padanan "section" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: "(g) the establishment and regulation of pensions, superannuation and provident fund schemes for the staff or any section of them;". Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “section” ialah “golongan”, “bahagian” atau “seksyen” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.10.2021 |
Apakah padanan yang tepat bagi perkataan "setting up" dalam konteks ayat di bawah: "An Act to provide for the establishment of a Corporation to be known as the Malaysian Rubber Exchange for the setting up of a rubber market in Malaysia"? Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan perkataan “setting up” dipadankan dengan perkataan “membangunkan” atau “mewujudkan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Lain-lain | 17.08.2021 |
boleh tahu perbezaan dengan tepat penggunaan salon dan saloon ???? | Mengikut Kamus Oxford Kata salon bermaksud 'room or establishment of hairdresser, fashion designer. Saloon bermaksud ' large room or hall on ship, saloon car, US drinking bar. | Lain-lain | 07.04.2008 |
Assalamualaikum. Adakah terjemahan "mematuhi tahap kriteria pematuhan yang ditetapkan," adalah tepat bagi ayat "comply with the required levels of conformity criteria...."? Atau 'conformity criteria' disini perlu diterjemahkan kepada 'kriteria keakuran'? Konteks ayat adalah seperti dibawah: "comply with the required levels of conformity criteria, in terms of legal and financial aspects since establishment of the CTA." Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2021 |