Adakah terjemahan berikut sesuai? Globalizing real estate --> Mengglobalisasi industri hartanah | Terjemahan yang sesuai bagi Globalizing real estate ialah Hartanah Global | Makna | 05.12.2017 |
1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate, | Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.11.2008 |
Tuan/Puan, TERJEMAHAN “REAL ESTATE NEGOTIATOR” DI DALAM BAHASA MALAYSIA Merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) seperti dalam lampiran 1. 2. Kami dari Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apakah maksud sebenar terma “Real Estate Negotiator” di dalam Bahasa Malaysia. Sebarang jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan didahuli dengan ucapan terima kasih. | Tuan, Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'REAL ESTATE NEGOTIATOR' ialah 'PERUNDING HARTA TANAH'. Terima kasih. | Makna | 26.02.2021 |
"will writing and estate planning " can l tranlate in bahasa in this way - perunding wasiat dan perancangan estet / perunding wasiat dan perancangan harta pusaka | Terjemahan yang betul ialah "penulisan wasiat dan perancangan harta pusaka. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2007 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih. | A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah: 1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih 2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar 3. State Council – Majlis Negara 4. real estate bubble – gelembung hartanah 5. shadow banking – perbankan bayangan 6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung 9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan 10. Internert of everything - internet segala-galanya 11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih 12. Slave society - masyarakat hamba 13. Semi-colonial– separa koloni B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat. 1. Kawasan yang paling kering 2. Kawasan yang paling banyak hujan 3. Sinicization of Marxism 4. going global C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11% | Makna | 22.05.2021 |
Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation") | Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan). Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut: - -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu - -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2020 |