Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.té.ti.ka] | ايستيتيکا

Definisi : (éstétika) cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estetika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA PERKATAAN ESTETIKAMakna estetika ialah cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll.Makna15.09.2008
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih.Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama.Lain-lain06.02.2008
Apa perbezaan antara nilai estetika dan estetik? Adakah ayat ini betul? a) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetika, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal. b) Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.

Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 586, perkataan estetik merupakan kata adjektif yang bermaksud keindahan, terutamanya dalam karya seni, seperti lukisan, sajak atau filem. Perkataan estetika pula merupakan kata nama yang merujuk keindahan yang terdapat dalam sesuatu hasil seni, seperti lukisan, sajak atau filem.

Oleh yang demikian, penggunaan perkataan yang betul bagi ayat tersebut ialah “Bukan sekadar memastikan ruangan itu mempunyai nilai estetik, tetapi awak juga perlu memastikan ruangan tersebut berfungsi dan praktikal.”

Tatabahasa09.07.2024
apakah yang dikatakan dengan konsep dan ciri-ciri estetika yang sebenar dari segi bahasaKonsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu, manakala ciri-ciri estetika ialah ciri-ciri ilmu atau bidang yang berhubung dengan penghargaan terhadap keindahan alam, seni, sastera, moral dan sebagainya.Makna21.07.2009
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4UsUntuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Penyelidikan27.07.2023
1. Apakah yang dimaksudkan "Pembangunan Komersial" sesuatu kawasan. 2. Apakah Yang dimaksudkan "Estetika" sesuatu bangunan? terima kasih.

1. Pembangunan komersial bermaksud perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan dan perkembangan ataupun usaha/kegiatan  membangunkan (memajukan dan mengembangkan) sesuatu yang berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.

2. Estetika bermaksud  cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll.

Makna22.04.2010
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasihKarya seni mempunyai nilai estetik.Tatabahasa24.06.2016
adakah ayat berikut betul : Suasana yang meriah menyelubungi dewan.Selubung bermaksud menutup, menyelimuti, melitupi, dan menyelaputi. Dalam contoh ayat yang diberikan, jika dicampur dengan unsur estetika, tidak salah menggunakan kata 'menyelubungi' bagi membawa maksud suasana  di dalam dewan itu penuh kemeriahan.Makna17.03.2008
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduanKarya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih.Lain-lain25.12.2006
1) Tenunan melayu seperti songket mempunyai unsur keindahan tersendiri.Dengan beberapa contoh kain tenun songket,bincangkan keindahan rupa bentuk fizikalnya dan juga falsafah motif pada kain tersebut. 2)Nyatakan sejarah,fungsi gunaan,falsafah, dan estetika yang terdapat dalam pesta ka'amatan di Sabah.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Soalan saudara memerlukan penyelidikan dan kajian mendalam. Oleh itu, sila rujuk perpusatakan dan lihat makalah atau buku yang berkaitan. Lain-lain30.08.2009
12

Kembali ke atas