Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata et


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam format rujukan APA, et. al merujuk kepada lain-lain. Apakah format Bahasa Malaysia bagi et. al? Terima kasih.et al. ditulis dalam penulisan Rujukan dan Bibliografi yang bermaksud dan rakan-rakan. Dalam Gaya Dewan (Gaya penerbitan DBP). et al. menunjukkan sesuatu bahan tulisan itu ditulis oleh lebih daripada tiga orang penulis. Yang Menjalankan Tugas, Tuan Haji Abd. Khalik Sulaiman, Ketua Bahagian Buku Teks, DBPLain-lain24.07.2007
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. Tatabahasa20.10.2012
Rujukan dalam teks - contoh Dickson-Swift et al. 2008. Adakah ia dikekalkan atau boleh ditukar kepada Diskson-Swift dan lain-lain 2008?Lebih baik dikekalkan seadanya.Lain-lain10.02.2011
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Nik Safiah, et al, 2008) m/s 118 perkataan durian dan rambutan merupkan kata terbitan duri + an dan rambut + an yang membawa makna banyak namun menurut kamus dewan perkataan durian dan rambutan dikira sebagai kata dasar dan bukan kata terbitan. Justeru ini nak tahu adalah pernyataan dalam buku tatabahasa dewan salah atau dewan kamus salah kerana menurut guru kanan bahasa melayu penjelasan dalam tatabahasa dewan betul dari segi morfologi namun salah dari segi semantik Penjelasan sedemikian amat mengelirukan kerana adalah agak mustahil satu perkataan yang betul dari segi morfologi tetapi salah dari segi semantikHuraian dalam kedua-dua rujukan tersebut betul mengikut fungsi terbitan itu sendiri. Kamus Dewan penting untuk melihat makna kata, namun apabila hendak menghuraikan aspek tatabahasa, maka Tatabahasa Dewan menjadi rujukan utama. Berkemungkinan kita menemukan data yang sama antara kedua-dua sumber dan adakalanya tidak persis seratus peratus. Dalam hal ini jika kita hendak menghuraikan aspek tatabahasa, maka Tatabahasa Dewan menjadi rujukan utama.
Tatabahasa20.05.2015
MOHON BERI PENERANGAN BERKAITAN DENGAN PEMBENTUKAN FRASA ADJEKTIF. JIKA BOLEH BERIKAN PENJELASAN ATAU PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH ZA'BA, ASMAH HAJI OMAR DAN NIK SAFIAH KARIM et.al. terima kasihDalam ruang dan had masa yang terhad ini, kami hanya dapat memberikan sedikit maklumat yang berkaitan. Yang selebihnya perlu menelaah pelbagai buku rujukan khususnya Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (antara penyusunnya Nik Safiah Karim),Nahu Melayu Mutakhir (Asmah haji Omar) dan Pelita Bahasa Melayu (Pendeta Za'ba) dan pelbagai buku yang berkaitan dengan pertanyaan puan. Buku Tatabahasa Dewan, menjelaskan bahawa Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa Adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 405 - 419. Prof. Emeritus Asmah Haji Omar pula membei penjelasan yang hampir sama tentang Frasa Adjektif. Dengan mengekalkan istilah asal kata Melayu, Frasa Sifat ialah frasa yang intinya merupakan kata sifat dan berfungsi pada predikat ayat. Asmah membahagiakn Frasa Sifat kepada Frasa Sifat Selapis dan Frasa Sifat Kompleks. Lihat Nahu Mutakhir, halaman 338 - 357. Pendeta Za’ba pula membahagi sifat kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pelita Bahasa Melayu.Tatabahasa31.03.2014
Adakah perbezaan dalam pengunaan 'dan lain-lain" dan "dan sebagainya"?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Lain-lain27.08.2013
Salam Sejahtera, saya dan rakan berminat untuk menterjemahkan satu buku oleh Dr Maurice Bucaille Bertajuk The Bible, The Qur'an and Science ke dalam bahasa melayu. Buku asal tulisan beliau adalah dalam bahasa French (La Bible, le Coran et la Science). Apakah prosedur yang perlu saya lakukan supaya buku tersebut dapat diterbitkan di bawah DBP?Sebelum diterjemahkan, perlu mendapat izin daripada penerbit asal buku itu terlebih dahulu. Setelah semua aspek perundangan, izin dan hak cipta selesai, barulah buku itu boleh diterjemahkan dan dihantar kepada mana-mana penerbit yang berminat untuk menerbitkannya. Mungkin boleh dihantar ke Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang menerbitkan buku-buku terjemahan. Hal ini kerana DBP tidak lagi menerbitkan buku-buku terjemahan.Lain-lain03.01.2013
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Tuan diberkati Allah dalam semua urusan. Saya Zainuddin bin Abindinhazir dari UPSI Tanjung Malim berhajat mendapat buku Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi. Atlas Budaya Islam. (Terjemahan: Mohammad Redzuan Othman,…(et al.). Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. ISBN 983-62-2932-9. Masih ada lagikah stok buku tersebut. Sehubungan perkara ini, saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk saya memiliki buku berkenaan. Saya amat berbesar hati untuk mendapat makluman lanjut dari pihak Tuan berhubung perkara ini. Sekian. Terimakasih. Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Daripada: Zainuddin Abindinhazir 012-2126908 deen_r2007@yahoo.com Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Buku Atlas Budaya Islam yang tuan perlukan tidak ada lagi dalam stok Kedai Buku DBP. Buku ini ada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan untuk membuat rujukan tuan boleh berkunjung ke PDM di Tingkat 3, Menara DBP.Lain-lain26.10.2012
huraian tentang hubungan etnik,integrasi dan menangani cabaran

Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan. Saudara boleh merujuk buku-buku ini untuk panduan, iaitu:

1. Hubungan etnik di Malaysia oleh Zaid Ahmad, Dr.[et.al]

2. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia Sanusi Osman UKM Bangi 1989

3. Pembangunan etnik di Malaysia Hasnah Hussiin PEMIKIR 01/04/2007

4. Pengaruh nilai-nilai etnik dalam pengurusan organisasi di Malaysia Rusinah Siron Dewan Ekonomi

Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan atau di mana-mana perpustakaan untuk tujuan penyelidikan.

Lain-lain16.02.2009
apakah perbezaan antara dan lain-lain dengan dan sebagainya? contohnya, buah-buahan Malaysia terdiri daripada pisang, durian, ciku dan lain-lain atau dan sebagainya?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Tatabahasa15.12.2013
123

Kembali ke atas