Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Mana satu yang betul? | Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari. | Tatabahasa | 06.08.2018 |
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Yang mana satu betul. | Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari. | Tatabahasa | 06.08.2018 |
Apakah yang dimaksudkan dengan "Etika Pakaian" atau "Etika Berpakaian"? | Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian. | Istilah | 30.01.2020 |
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahaja | Menurut kamus Dewan, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan. | Makna | 02.05.2019 |
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih. | 1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu. 2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. 3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. 4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat. | Istilah | 02.04.2010 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas. | Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara. | Lain-lain | 26.11.2011 |
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'? | 'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan' | Istilah | 30.01.2018 |
Salam sejahtera, Yang mana satukah terjemahan yang sesuai bagi "Code of Business Conduct and Ethics"? a) Tatakelakuan dan Etika Perniagaan b) Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih. | Kami mencadangkan "Code of Business Conduct and Ethics" diterjemahkan kepada Tatakelakuan Perniagaan dan Etika. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2015 |
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.09.2008 |