Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : the ~ of o’s life, /masa, hari/ tua sso. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. part of day between late afternoon and bed time, (waktu) malam: the ~s here are cool, waktu malam di sini dingin; 2. entertainment, activity happening at such time, [various translations]: the ~ was a great success, pertunjukan malam itu sungguh berjaya; they had an enjoyable musical ~, mereka menghadiri pesta muzik yg menyeronokkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata evening


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
evening bagBeg akan malamIstilah24.07.2018
Saudara, Saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak saudara tentang ucapan salam yang sering kita gunakan. Contohnya Selamat pagi, Selamat tengah hari dan Selamat petang dan Selamt malam. Yang mengelirukan saya ialah ucapan salam dalam bahasa Malaysia untuk 'Good evening'. Adakah kita menggunakan Selamat petang, Selamat senja atau Selamat malam? Dari pukul berapakah kita boleh menggunakan 'Good evening' di Malaysia? Atau, sehingga pukul berapakah kita boleh menggunakn Selamat petang? Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SANUcapan selamat malam ialah padanan bagi ucapan good evening dalam bahasa Inggeris dan biasanya digunakan dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.59 malam. Waktu petang adalah dari pukul 2.00 petang  hingga 6.59 petang.Lain-lain09.11.2008
merujuk soalan 3 yang dimaksudkan adalah sekiranya bahasa inggeris (b.i),good afternoon merujuk waktu selepas jam 12.01 tengah hari hingga ptg, manakala good evening antara jam 7mlm-12. soalannya di sini, adakah tepat sekiranya b.M juga menerima pakai sistem sebegitu?? kerana tengah hari dlm b.i merujuk hanya jam 12 noon sahajaDalam bahasa Melayu, terdapat sistem yang tersendiri. Waktu pagi dari pukul 1.00 hingga 11.59 pagi, waktu tengah hari adalah di antara pukul 12.00 hingga 1.59 tengah hari, dan waktu petang dari pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Bagi waktu malam pula ialah pukul 7.00 hingga 11.59 malam dan dari pukul 12.00 hingga12.59 ialah waktu tengah malam. Lain-lain06.10.2010
Salam sejahtera, saya menghadapi beberapa kekeliruan; 1. Berkenaan ucapan salam terutamanya pada waktu tengah hari, petang dan malam. Sila rujuk keterangan di bawah. a) 12.00- 12.59 minit tengah hari - "selamat tengah hari" b) 1.00- 6.59 petang - "selamat petang" c) 7.00 - 12.00 - "selamat malam"(Bahasa Inggeris disebut Good Evening" d) 12.01 - 11.59 pagi - "selamat pagi" Adakah keterangan di atas benar atau sebaliknya. Tolong jelaskan. 2. Tolong berikan jawapan untuk soalan ini, Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. Amat terindah B. Sungguh amat indah C. Amat sungguh terindah D. Sungguh amat terindah Soalan tentang tajuk ini pernah saya kemukakan sebelum ini namun saya masih lagi keliru. Sekian, terima kasih.

Saudara,

Menurut maklumat yang dikemukakan  bagi (a) ucapannya ialah "selamat tengah hari", (b) ucapannya ialah "selamat petang", (c) ucapannya ialah "selamat malam" dan (d) ucapannya ialah "selamat pagi".

Kata amat, sangat dan sungguh merupakan kata penguat bebas yang letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Dalam hal ini salah satu kata sudah memadai digunakan dalam ayat. Contohnya, sungguh indah; amat indah. Awalan "ter-" ialah penanda darjah penghabisan dan digabungkan dengan kata penguat bebas . Contohnya, teramat indah; tersangat indah.  

Tatabahasa28.11.2010

Kembali ke atas