Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : and ~, (colloq) dan macam-macam lagi: I advised him and ~, but he still did it, saya menasihatinya dan macam-macam lagi, tetapi dia masih melakukannya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : pron 1. all things, segala-galanya, semuanya; (preceding pron) semua, segala-gala: she lost ~ in the fire, dia kehilangan segala-galanya dlm kebakaran itu; he wanted to know ~, dia hendak mengetahui segala-galanya; they seem to have forgotten ~ I have told them, mereka nampaknya telah lupa akan segala-gala yg saya beritahukan kpd mereka; don’t believe ~ you read in the papers, jangan percayai semua yg kamu baca dlm akhbar; 2. the most important thing, segala-galanya: money isn’t ~ in life, wang bukan segala-galanya dlm hidup; a happy marriage means ~ to her, perkahwinan yg bahagia ialah segala-galanya bagi dia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata everything


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. "She is good at everything" bolehkah diterjemah kepada "Dia mahir/pandai dalam semua hal"? Terima kasih.Untuk makluman, terjemahan bagi ayat perlu dilihat pada kontes ayat tersebut. Dalam ayat yang diberikan, mungkin boleh diterjemahkan kepada Dia mahir dalam semua hal/perkara/benda.Penyemakan dan penterjemahan09.08.2018
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. Mobile payment market - pasaran pembayaran bimbit @ mudah alih ? 2. intelligent container terminal - pelabuhan/terminal kontena pintar? 3. State Council – Majlis negeri @ Dewan negeri? 4. real estate bubble – buih hartanah? 5. shadow banking – perbankan bayang? 6. community of shared destiny for mankind “komuniti / masyarakat yang berkongsi nasib/ berkongsi masa depan”? 7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong? 8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik? 9. Sinicization of Marxism – Marxisme yang dichinakan? 10. high-end forum – Forum Kemuncak @ atasan? 11. Internert of everything - Internet untuk segala-galanya @ internet pelbagai benda? 12. movable cultural relics – relik budaya boleh alih? 13. Kawasan yang paling kering – kutub kering? 14. Kawasan yang paling banyak hujan- kutub hujan? 15. Slave society - masyarakat perhambaan @ masyarakat keabdian? 16. Semi-colonial– separa kolonial @ separuh colonial 17. 10 titik peratusan = 10 %? 18. going global = melangkah ke persada global? Sekian, terima kasih.

A. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan yang diberikan ialah:  

1. Mobile payment market – pasaran pembayaran mudah alih

2. intelligent container terminal - terminal kontena pintar

3. State Council – Majlis Negara

4. real estate bubble – gelembung hartanah

5. shadow banking – perbankan bayangan

6. community of shared destiny for mankind-komuniti yang berkongsi masa depan manusia

7. Shenzhen-Hong Kong Stock Connect – Sambungan Saham Shenzhen-Hong Kong

8. gymnastics rings / hanging rings - gelang gimnastik/gelang tergantung

9. high-end forum – Forum kemuncak atau forum atasan

10. Internert of everything - internet segala-galanya

11. movable cultural relics – relik budaya boleh alih

12. Slave society - masyarakat hamba

13. Semi-colonial– separa koloni

  

B. Mohon berikan istilah sumber dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan tersebut mengikut konteks ayat.

1. Kawasan yang paling kering

2. Kawasan yang paling banyak hujan

3. Sinicization of Marxism

4. going global

 

C. Maksud bagi 10 titik peratusan ialah kenaikan dari 10% ke 11%

Makna22.05.2021

Kembali ke atas