Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n peperiksaan; (colloq) periksa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata exam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya sama ada frasa "pintar peperiksaan" ialah terjemahan langsung daripada "exam-smart". Terima kasih.Sila berikan contoh ayat penuh yang mengandungi frasa "pintar peperiksaan" dan frasa "exam-smart"supaya kami mendapat maklumat yang jelas. Dalam penelitian kami "Exam-Smart ialah nama khas program/aplikasi.Makna27.02.2019
Saya Ingin mengetahui per exam penggunaan "Saya sekeluarga" dan "Kami sekeluarga". Adalah Kesha-duanya boleh digunakan?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa05.04.2015
Tuan, 1. Mengapakah kata kerja 'memperoleh' bukannya 'memperolehi' diguna pakai dalam bahasa Melayu sedangkan ada kata kerja 'menghadiahi' atau 'menerangi'? 2. Terjemahan tepat "Take Home Exam" dalam bahasa Melayu apa? Terima kasih.

1.  Awalan memper-... ditambah dengan kata dasar oleh membentuk kata kerja memperoleh, tidak ada kata dasar olehi untuk membentuk kata kerja memperolehi. Manakala perkataan menghadiahi wujud apabila kata dasar hadiah menerima apitan meN-...-i.

2.  Terjemahan 'Take Home Exam' belum ada dalam bahasa Melayu, terdapat istilah 'take-home pay' yang diterjemahkan kepada gaji bawa pulang dalam bahasa Melayu. Berdasarkan contoh tersebut, kami mencadangkan 'Take Home Pay' diterjemahkan kepada 'Peperiksaan Bawa Pulang' dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa08.11.2010
i wld like to know if the sentence "saya melihat menggunakan mata" is acceptable and will be given full mark in the exam.Ayat ini boleh diterima. Walau bagaimanapun dari segi pemarkahan bergantung pada skema jawapan dan markah yang ditentukan dalm peperiksaan berkenaan.   Tatabahasa27.02.2008
Assalamualaikum, terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada saya berkaitan dengan istilah menyontek/ menjiplak dalam bahasa Malaysia. Apabila seorang awam masuk ke dalam ruangan peperiksaan dan membawa catatan tanpa diketahui dewan peperiksaan kemudian melihat catatan tersebut senyap-senyap, apa istilah untuk hal tersebut? Dalam bahasa Inggeris perbuatan tersebut dinamakan 'cheat on an exam' atau 'crib'. Terima kasih. Wassalamualaikum. Tata Tambi Bogor - IndonesiaMengikut Kamus Dewan, kata ‘sontek’ bermaksud melanggar, me­ninju, menolak, menyorong, maka dalam konteks situasi yang diberikan melanggar peraturan peperiksaan. Bagi kata ‘jiplak’ bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri. Maka, perbuatan atau kesalahan melihat catatan secara senyap-senyap semasa peperiksaan lebih merupakan perbuatan melanggar peraturan peperiksaan.Istilah22.10.2014

Kembali ke atas