Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas 2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik 3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak 4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur 6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis 7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik 8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka | Istilah | 13.05.2016 |
Salam, saya ingin tahu apakan perkataan Bahasa Malaysia bagi "Backhoe Loader Operator" dan "Excavator Operator"di mana mesin-mesin tersebut digunakan di tapak-tapak bina. Terima kasih | Cadangan terjemahan bagi 'Excavator Operator' ialah operator ekskavator atau operator pengorek manakala 'Backhoe Loader Operator' ialah operator pengorek-kaut | Makna | 04.12.2021 |
Mengapakah kata 'jengkaut' tidak dipadankan dengan istilah 'excavator' dan tiada dalam kamus dewan edisi keempat walaupun penggunaannya meluas oleh penutur Melayu. Adakah kata jengkaut akan masuk dalam Kamus Besar yang akan diterbitkan tahun hadapan? | Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, excavator diterjemahkan sebagai mesin pengorek. Dalam istilah pelbagai bidang, excavor dieja sebagai ekskavator. Setakat hari ini, tiada pemakluman perkataan jengkaut dimasukkan dalam Kamus Besar. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai 1. Wheel loader 2. 360 degree Excavator 3. Backhoe loader Dan bahagian kenderaan -> High-tonnage body | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1) Wheel loader: Jentera angkut beroda 2) 360 degree excavator: Pengorek 360 darjah 3) Backhoe loader: Jentera angkut pengorek-kaut Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Namun, untuk high-tonnage body, mohon pihak tuan memberikan penerangan tambahan untuk memudahkan kami mencari padanan yang tepat. | Istilah | 25.07.2022 |
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA HANIS ZARIS, PEGAWAI PENGUATKUASA DARI UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG. PIHAK KAMI SERING MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SITAAN JENTERA BERAT YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KERJA-KERJA TANAH DAN SEBAGAINYA(YANG SESUAI). NAMUN KAMI TIADA MAKLUMAT LENGKAP NAMA JENTERA BERAT TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU UNTUK DIGUNAKAN DALAM KERTAS SIASATAN. MISALNYA EXCAVATOR : JENGKAUT, BULLDOZER : ? , BACKHOE : ? , FORKLIFT : ?. JUSTERU MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN UNTUK BERKONGSI NAMA-NAMA JENTERA BERAT YANG ADA DALAM REKOD DBP DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH. | Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Sekiranya istilah yang dicari tidak dijumpai, tuan boleh ajukan pertanyaan kepada kami. | Istilah | 24.10.2022 |