| Excellent Auto Service Centre | Pembetulan: Bengkel Kereta dan Pusat Servis Penyaman Udara Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 22.08.2015 |
| Apakah padanan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk "Excellent Teacher"? Guru Cemerlang? | Jika "Excellent Teacher" itu merujuk anugerah tertentu pihak DBP tidak ada padanannya. Akan tetapi bagi maksud umum, "Guru Cemerlang" memang sesuai sebagai padanan "Excellent teacher" itu. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.10.2014 |
| Assalamualaikum, Boleh tolong terjemahkan ayat berikut kepada bahasa melayu? Terima kasih 1) Malaysia Entertainment Capital: The perfect integration of fun, outlet shopping and food haven with excellent connectivity. 2) Holiday fun meets shopping haven: Malaysian & tourist most sought-after entertainment capital. | Wa alaikumussalam. Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Sila berhubungan dengan ITMB 03-41451800 atau PPM 03-21442506 | Penyemakan dan penterjemahan | 10.09.2014 |
| Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya ingin menyemak penggunaan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk kajian saya seperti dibawah: Bahasa Inggeris: Use Life Barbecue Sauce to season meat – grill, oven roast or deep fry. Suitable as a marinade or basting sauce. Excellent for barbecue meat & Western Cuisine. Bahasa Melayu: Cadangan Hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging-panggang, panggang dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sebagai sos pencicah. Terbaik untuk hidangan daging barbeku & masakan barat. Terima Kasih. | Cadangan jawapan yang sesuai ialah Cadangan hidangan: Gunakan Sos Barbeku Life untuk perasakan daging dan panggang di dalam ketuhar atau goreng. Sesuai dijadikan sos perapan atau sos pencecah untuk hidangan daging barbeku dan masakan barat. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.12.2023 |
| Salam tuan di talian. Saya ingin meminta pendapat tuan tentang satu tajuk siri buku syarikat kami yang diberi tajuk, ' Lembaran Kerja PBS Ekselen'. Soalan saya ialah bolehkah 'Ekselen' diguna pakai dalam tajuk tersebut kerana di dalam kamus dewan tidak terdapat perkataan itu? | Perkataan "ekselen" tidak terdapat dalam Kamus Dewan. Oleh itu, perkataan tersebut tidak boleh digunakan untuk tajuk buku. Ejaan yang betul ialah Excellent dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah cemerlang. Pada pandangan kami, lebih tepat penggunaan perkataan cemerlang daripada ekselen dalam tajuk buku yang dinyatakan. | Tatabahasa | 03.06.2013 |