Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of expanding, state of being expanded, pengembangan: the ~ and contraction of metals, pengembangan dan pengecutan logam; industrial ~, pengembangan perindustrian; 2. st expanded, hasil pengembangan: this essay is an ~ of the article he wrote two years ago, esei ini ialah hasil pengembangan makalah yg ditulisnya dua tahun dahulu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata expansion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air CurtainCadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut:

1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF)
2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX)
3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_
4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat
5. water cooled system - sistem penyejukan air
6. booster pump - pam penggalak
7. roller shutter - penutup gendela gulung        
8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran
9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran
10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam

Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah23.04.2024
Saya ingin mendapatkan istilah "greenfield" dan "brownfield" yang digunakan di dalam sektor perladangan. Contoh ayat di dalam Bahasa Inggeris; "We are looking at upstream expansion including acquisitions in greenfield and brownfield".Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "greenfield" dan "brownfield" dalam pangkalan data kami.  Kedua-dua istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah31.03.2014
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Maklumbalas pihak tuan/puan pada 11/6/2020 adalah berkaitan. Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Pertanyaan saya, adakah bersesuaian saya menggunakan perkataan pengembangan yang meliputi idea, proses, produk serta amalan yang terdiri daripada perkara yang dapat dilihat (produk), abstrak dan kabur(idea)? Pohon pandangan tuan/puan jua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan/puan. Salam hormat.Perkataan "pengembangan' sesuai digunakan bagi menggambarkan proses perkembangan idea.Makna12.06.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020

Kembali ke atas