| Salam sejahtera, bolehkah tuan mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "self-media"? Adakah media kendiri sesuai untuk digunakan? Berikut merupakan definisi self-media dalam bahasa Inggeris: Independently operated accounts run by individual users posting self-produced content on social media platforms. Konteks ayat: I'll expose you through self-media platforms. The accounts that I know have millions of followers and they are highly influential. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas bantuan tuan terlebih dahulu. | Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: self-media - swamedia Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.06.2021 |