Pola ayat bagi ayat berikut ialah FN+FN atau FN+FA ? (a) Motto Syarikat Azam ialah harga murah tetapi berkualiti. | Pola ayat tersebut ialah FN+FA | Tatabahasa | 06.01.2016 |
Assalamualaikum. Yang mana ejaan yang betul? (a) Taufufa (b) Taufufah (c) Taufu fa (d) Taufu fah Terima kasih. | TAU FU FAA MERUPAKAN NAMA SEJENIS MAKANAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. NAMUN, PERKATAAN TAU FU FA BELUM ADA DI DALAM KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
1. Ada berapa jenis pola ayat dalam bahasa Melayu?~(FN+FN), (FN+FK),(FN+FS),(FN+FA) 2. Apakah pola ayat untuk ayat ini? ~(Adalah sukar untuk kami mengatasi masalah itu). Adakah jawabannya ialah(FA+FS) | 1. Seperti yang telah disenaraikan oleh pihak tuan, pola ayat ada empat. 2. Adalah sukar untuk kami mengatasi masalah itu, ayat ini tidak gramatis dan tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana pola yang tersebut. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin tahu tentang ayat berikut dari segi pola ayat dasarnya. 1. Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia. Apakah berpola FN + FK atau FN + FA? Sekian terima kasih. | Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11) | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
1. Kucing peliharaan saya bernama Si Comel. 2. Cikgu Faridah seorang yang baik hati. 3. Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2. Ada guru yg memberikan jwp spt berikut: ayat 1 : FN+FN ayat 2 : FN + FA ayat 3 : FN + FS Pd pendapat saya, yg betul ialah: ayat 1 : FN + FK (kerana bernama ialah kata kerja) ayat 2 : FN + FN (subjek ialah Cikgu Faridah, FN; predikat ialah seorang yg baik hati, FN juga. Jika ayat ialah "Cikgu Faridah baik hati", maka pola barulah FN + FA) ayat 3 : FN + FN (predikat ialah guru di ...., iaitu FN). Jika ayat ialah "Cikgu Faridah di SMK Taman Universiti 2", barulah FN + FS. Harap pihak tuan dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. Drp: Cikgu Chow | Penerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
apakah pola ayat bagi ayat yang berbunyi " Rakyat di negara ini sangat bermurah hati" ? | Saudara Fykheng, Pola ayat tersebut adalah FN+FA. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
15 contoh ayat bagi empat bentuk frasa yang terdapat dalam bintang sintaksis. | Frasa yang terdapat dalam sintaksis bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FA, FN + FS dan FN + FK. Untuk mengetahui contoh ayat bagi empat bentuk frasa sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 21.02.2008 |
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan | Puan Ulysess, 1. Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk cogan kata agensi tersebut betul, iaitu Pertanian ialah Perniagaan. 2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini: (a) Abu (ialah) guru sekolah. (b) Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya. Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu, kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Ali rajin membaca buku atau Ali membaca buku dengan rajin? dalam situasi bagaimana kata adjektif boleh diletakkan di hadapan kata kerja? tq | Kedua-dua ayat ini betul. Ali rajin membaca buku, pola ayat FN + FA. Ali membaca buku dengan rajin, pola ayat FN + FK dan kata adjektif sebagai keterangan dalam frasa kerja. | Tatabahasa | 31.08.2015 |